LUAR NEGARA
ARKIB : 29/08/2012
Lapan korban Taufan Bolaven

SEOUL 28 Ogos - Lapan anak kapal disahkan terkorban, manakala tujuh lagi masih hilang selepas dua buah kapal nelayan China karam akibat dipukul Taufan Bolaven yang melanda Korea Selatan, hari ini.
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran mengenai taufan itu yang disifatkan paling dahsyat dalam dekad ini yang kini menuju ke arah Korea Utara.
Sistem pengangkutan awam dan sekolah terpaksa ditutup hari ini, manakala lebih 200,000 kediaman terputus bekalan elektrik.
Menurut penyelamat pantai, pihaknya berjaya menyelamatkan 11 anak kapal daripada beberapa buah kapal yang dipukul taufan di Jeju, Korea Selatan.
Enam lagi mangsa berjaya berenang menuju pantai berdekatan.
Kementerian Pengangkutan berkata, khidmat 87 buah feri dihentikan, manakala 247 penerbangan domestik dan antarabangsa terpaksa dibatalkan.
Tentera Amerika Syarikat dan Korea Selatan hari ini mengumumkan penanguhan latihan bersama tentera secara besar-besaran yang bermula minggu lalu.
Taufan Bolaven dengan kelajuan 144 kilometer sejam yang membawa hujan lebat serta angin kencang menyebabkan kerosakan harta awam termasuk lampu jalan, papan tanda dan juga kediaman. - AFP
MH17: Belanda gesa Rusia beri kerjasama
Jokowi naik harga minyak 50 peratus?
AS perhebat serangan ke atas ISIL
Polis HK roboh khemah penunjuk perasaan
Remaja lumpuh guna kaki bionik
Penyelidik temui senjata purba
Raja Arab Saudi sumbang iPad
Joko Widodo rancang naikkan harga minyak sebanyak 50 peratus
Najib garis lima keutamaan Malaysia sebagai anggota PBB
14 orang maut dalam serangan udara Syria
MILF, MNLF setuju berunding
Taiwan rancang bina pelabuhan tentera di Spratly
Susilo pengerusi mesyuarat Kabinet kali terakhir
Pemimpin Hong Kong sedia berunding
Ratusan anggota IS terbunuh di Kobani
AS nafi askar terkena serangan kimia
Putin tuduh Obama musuhi Rusia
Al-Qaeda kuasai pekan di selatan Yemen
Lelaki berjaya buang tumor seberat 21 kg
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












