saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 28/09/2012

Timbalan Perdana Menteri Thailand letak jawatan

BANGKOK 28 Sept. - Timbalan Perdana Thailand, Yongyuth Wichaidit hari ini mengumumkan peletakan jawatannya dan juga jawatan Menteri Dalam Negeri berkuatkuasa Isnin ini.

"Tiada siapa memberi tekanan kepada saya untuk meletak jawatan. Saya membuat keputusan sendiri bagi mengelak masalah undang-undang," katanya.

Kelayakan Yongyuth untuk berkhidmat dalam Kabinet dan sebagai Ahli Parlimen menimbulkan keraguan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan mendapati beliau melakukan salah laku sebagai penjawat awam baru-baru ini.

Beliau didapati menyalahi undang-undang dengan meluluskan penjualan tanah biara yang dimiliki oleh Wat Thammikaram kepada Alpine Real Estate Co., dan Alpine Golf and Sports Club Co., semasa berkhidmat sebagai timbalan setiausaha tetap Kementerian Dalam Negeri pada tahun 2002.

Di bawah undang-undang Thailand, tanah biara tidak boleh dijual atau dipindah hak milik.

Yongyuth bagaimanapun, berkata beliau akan mengekalkan jawatan sebagai pemimpin Parti Phue Thai dan Ahli Parlimen. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.