saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 10/11/2012

Tragedi letusan Gunung Merapi diingati

sejumlah penduduk berkumpul dan membaca doa sempena memperingati ulang tahun kedua tragedi letusan Gunung Merapi di Dusun Balerante, Jawa Tengah. - AGENSI

KLATEN, Jawa Tengah - Kira-kira 200 penduduk di sini mengadakan majlis memperingati ulang tahun kedua tragedi letusan Gunung Merapi yang mengorbankan sekurang-kurangnya 353 orang pada 2010.

Majlis tersebut dimulakan dengan perarakan pada awal pagi, diketuai Pegawai Tertinggi (Bupaten) Klaten, Sunarna SE MHum dan Ketua Badan Penyelesaian Bencana Daerah (BPBD), Klaten Sri Winoto yang diiringi penduduk tempatan.

Sekumpulan gadis dari jabatan kesenian kuda lumping turut mengiringi perarakan itu.

Ahli-ahli Persatuan Pemuda Kerajaan Daerah Surakarta (Pakasa) berada di kedudukan paling belakang perarakan dengan membawa 50 dulang makanan termasuk buah-buahan dan lauk-pauk.

Sunarna berkata, perarakan dan majlis itu diadakan bagi mengingati tragedi letusan Gunung Merapi yang sukar dilupakan penduduk.

"Bencana itu memberi kesan yang mendalam kepada penduduk Klaten dan membuatkan kami lebih berhati-hati serta berwaspada," katanya kepada suaramerdeka.com.

Pengarah Bahagian Hal Ehwal Masyarakat Klaten, Herlambang Jaka Santosa berkata, selain mengadakan perarakan, pihaknya turut membuka peluang menaikkan taraf ekonomi penduduk dengan mengadakan pameran produk usahawan kecil dan sederhana.

Malah pameran foto dan barangan kenangan semasa tragedi letusan dan pameran bahan makanan yang disediakan penduduk Desa Balerante turut diadakan. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.