saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 14/11/2012

Israel serang Genting Gaza

BAITULMAQDIS 13 Nov. - Tentera udara Israel melancarkan tiga serangan ke atas Genting Gaza awal hari ini bagi membalas bedilan roket oleh pejuang Palestin dari wilayah Palestin itu.

Menurut sumber keselamatan Palestin dan saksi, serangan itu mengenai kawasan yang tidak didiami di barat Gaza City.

Sasaran serangan tentera rejim Zionis Israel itu termasuklah ke atas sebuah kem Briged Ezzedine al-Qassam, sayap tentera pergerakan Hamas.

Seorang jurucakap tentera Israel berkata, serangan udara itu dilancarkan bagi membedil tapak simpanan senjata dan pelancar roket pejuang Palestin.

Serangan itu dilakukan beberapa jam selepas pejuang Palestin di Gaza semalam melancarkan enam serangan roket ke selatan Israel.

Ketengan terbaru itu bermula sejak Sabtu lalu dan setakat ini mengorbankan enam penduduk Palestin, manakala lapan penduduk Israel cedera.

Pegawai kanan tentera Israel berkata, Israel sedang menimbangkan untuk melancarkan serangan balas secara besar-besaran dan Menteri Pertahanan Ehud Barak pula memberi amaran usaha menghentikan serangan roket Palestin akan bertambah hebat.

Sementara itu, kumpulan pejuang Palestin utama di Gaza, termasuk Hamas dan Jihad Islam semalam menyatakan kesediaan untuk 'meletakkan senjata' jika Israel 'menghentikan serangan mereka' ke atas wilayah ini.

Satu sumber keselamatan Mesir berkata, Kaherah yang cuba memujuk Hamas dan Jihad Islam untuk mengadakan gencatan senjata telah mendapat maklum balas positif daripada kedua-dua pergerakan itu yang menyatakan kesediaan untuk mematuhi mana-mana gencatan senjata sementara jika Israel komited untuk menghentikan serangan ke atas wilayah Palestin. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.