saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 16/11/2012

China umum barisan kepemimpinan baru

Dua orang penduduk China mengikuti ucapan Xi Jinping di sebuah restoran di daerah Zhabei di utara Shanghai yang disiarkan secara langsung melalui televisyen, semalam. - AFP

BEIJING 15 Nov. - Parti Komunis China, hari ini mengumumkan barisan kepemimpinan baru negara itu yang akan menerajui republik itu dalam tempoh lima tahun akan datang dengan menyaksikan Naib Presiden China, Xi Jinping menggantikan Presiden, Hu Jintao sebagai ketua parti.

Agensi berita Xinhua melaporkan Jinping juga dinamakan untuk mengetuai Suruhanjaya Tentera Pusat parti itu.

Beliau dijangka mula mengambil alih jawatan Jintao pada persidangan tahunan Parlimen pada Mac ini.

Jinping dalam ucapan pertamanya selepas diumumkan sebagai ketua parti, memberi amaran China menghadapi pelbagai 'cabaran berat' seperti rasuah yang berlaku secara meluas selain 'terpisah' daripada 1.3 bilion rakyat.

Beliau turut melahirkan kehendak untuk membentuk hubungan lebih baik dengan dunia luar.

Walaupun tidak memberikan maklumat terperinci dalam ucapannya selama 19 minit itu, nada digunakan oleh Jinping tidak seperti ucapan pemimpin-pemimpin tertinggi China sebelum ini.

Ucapan Jinping sangat berbeza dengan yang diberikan Jintao 10 tahun lalu yang menitikberatkan kepentingan komunis dan melibatkan rujukan kepada tokoh sosialis seperti Karl Marx, Vladimir Lenin, Mao Zedong dan Deng Xiaoping.

Dalam pada itu, anggota lain yang menduduki Jawatankuasa Tetap Politburo termasuk Li Keqiang yang disebut-sebut bakal menjadi Perdana Menteri baru China dan pakar kewangan, Wang Qishan yang dijangka bertanggungjawab memerangi rasuah.

Ahli ekonomi, Zhang Dejiang dijangka mengetuai Parlimen, manakala ketua Parti Komunis Shanghai, Yu Zhengsheng dilihat akan mengetuai Badan Penasihat Parlimen, berdasarkan nama-nama mereka yang diumumkan.

Ketua Parti Tianjing, Zhang Gaoli dan Liu Yunshan yang berfahaman konservatif dan mengawal media tempatan, melengkap senarai Jawatankuasa Tetap Politburo itu yang dikurangkan keanggotaannya daripada sembilan kepada tujuh orang.

Keqiang juga dijangka menggantikan Perdana Menteri, Wen Jiabao pada persidangan tahunan Parlimen itu.

Penasihat perubahan menggesa Jinping mengurangkan hak keistimewaan ke atas firma milik kerajaan, memudahkan orang pedalaman pindah ke bandar-bandar, membaiki sistem fiskal yang akan menggalakkan kerajaan menggunakan sumber semula jadi negeri dan mengurangkan kuasa kerajaan negeri yang dikatakan mengekang pembangunan dan mencetuskan ketidakpuasan hati rakyat. - Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.