saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 02/02/2013

'Arab spring' sebenarnya gagal

LONDON 1 Feb. - Gelombang kebangkitan rakyat di beberapa negara Arab telah membuka jalan kepada penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan baharu yang gagal menghormati kebebasan bersuara dan beberapa hak asasi lain.

Menurut Human Rights Watch (HRW) dalam laporan tahunannya semalam, turut menggesa supaya kerajaan baharu seperti di Mesir, Libya dan Tunisia membina demokrasi dalam erti kata yang 'sebenar'.

HRW yang beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS) itu menambah, meskipun kerajaan baharu di negara itu dipilih secara demokrasi, tetapi mereka tidak mempunyai mandat untuk mengendahkan hak-hak asasi kemanusiaan.

"Sudah hampir dua tahun kita melihat beberapa pemimpin diktator di Asia Barat dan Afrika Utara digulingkan, tetapi setakat ini, tindakan itu masih tidak membawa perubahan positif, malah kebimbangan meningkat bahawa situasi akan menjadi lebih sukar," kata Pengarah Eksekutif HRW, Kenneth Roth kepada wartawan di London.

Roth yang melancarkan laporan tahunan HRW bagi hak asasi manusia di seluruh dunia berkata, kebangkitan rakyat di negara Arab menyebabkan berlakunya 'kebangkitan parti Islam yang mengancam menggunakan agama untuk menafikan hak wanita atau golongan minoriti'.

HRW berkata, Mesir contohnya masih dibelenggu dengan krisis politik selepas dua tahun kebangkitan rakyat yang berjaya menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak dan berdepan masalah hak asasi serius yang berterusan, termasuk penindasan dan penderaan seksual terhadap wanita.

Kumpulan itu turut menyuarakan kebimbangan berhubung Perlembagaan baharu Mesir yang didakwanya mengandungi 'kecacatan' dari segi hak kepada wanita, kebebasan bersuara, kebebasan beragama dan rakyat memantau tentera.

"Pada dasarnya, menggulingkan pemimpin diktator lebih senang daripada mendapatkan pengganti yang menghormati demokrasi," ujar Roth.

HRW turut memberi amaran, beberapa negara Arab lain turut mengawal dengan ketat kebebasan untuk rakyatnya bersuara. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.