saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 22/02/2013

Generasi baharu PS4 didedah

NEW YORK 21 Feb. - Syarikat elektronik gergasi Jepun, Sony semalam mendedahkan generasi baharu sistem permainan video PlayStation 4 (PS4) dan menggariskan visi syarikat itu tentang 'masa depan permainan video' ketika dunia dibanjiri dengan permainan daripada telefon pintar dan Internet.

Dalam sidang medianya, Ketua Unit Hiburan Komputer Sony, Andrew House berkata, PS4 'melambangkan satu perubahan besar daripada memikirkan PlayStation sebagai kotak atau konsol permainan kepada tempat utama untuk bermain'.

PS4 direka supaya ia dapat mengenal pasti pemain sehingga pada satu peringkat permainan video itu dapat meramalkan jenis permainan yang akan dibeli dan pemainnya akan memiliki permainan tersebut terlebih dahulu dan sedia untuk bermain.

Ia juga membolehkan permainan video dimainkan secara dalam talian dan membenarkan rakan sepermainan untuk berpakat serta pembuat permainan bertindak selaku 'pengarah' yang memberi panduan kepada pemain PS4.

Ketua syarikat permainan Gaikai yang dibeli Sony tahun lalu, David Perry berkata, Sony juga telah diberikan 'lampu hijau' untuk membina 'rangkaian permainan paling berkuasa' di dunia.

''Dengan menggabungkan PS4, PlayStation Network dan platform sosial, visi kami adalah untuk mencipta rangkaian sosial dengan menumpukan kepada permainan,'' jelas Perry dalam sidang media yang sama.

Perry berkata, satu butang pada pengawal PS4 akan membenarkan pemain serta-merta bermain dalam talian, malah membolehkan seseorang pemain memindahkan kawalan kepada rakan yang lebih berkemampuan apabila terperangkap.

''Kami sedang meneroka peluang yang dibolehkan oleh teknologi terkini dengan visi jangka panjang untuk menjadikan teknologi PlayStation boleh didapati pada gajet-gajet lain,'' katanya.

Permainan percuma dan bajet rendah di telefon pintar dan komputer tablet meningkatkan tekanan kepada syarikat permainan untuk menjadikan wang dan masa yang dibelanjakan pengguna adalah berbaloi.

Sony bagaimanapun masih tidak mendedahkan harga sebenar PS4, tetapi konsol permainan video itu dijangka dijual pada harga antara AS$400 (RM1,237) ke AS$500 (RM1,546) manakala permainan blockbuster di pasaran akan dijual pada harga AS$60 (RM185) setiap satu. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.