saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 28/02/2013

Thailand sedia berdamai

Yingluck Shinawatra (kiri) dan Najib Tun Razak (kanan)

BANGKOK 27 Feb. - Thailand mahu mengadakan rundingan damai dengan kumpulan pemisah, ekoran insiden pemberontakan dan keganasan yang semakin meningkat di selatan di negara ini, kata ketua keselamatan kerajaan, hari ini.

Pelawaan itu dibuat ekoran serangan yang semakin meningkat di selatan negara ini yang bersempadan dengan Malaysia, menjelang pertemuan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, esok.

Kedua-dua pemimpin itu akan berbincang untuk menamatkan pemberontakan yang berlarutan sejak sembilan tahun lalu yang telah mengorbankan lebih 5,500 orang dan kemungkinan Malaysia menjadi tuan rumah bagi rundingan antara kerajaan dengan kumpulan militan.

"Saya harap rundingan ini akan dapat diadakan secepat mungkin,'' kata Leftenan Jeneral Paradon Pattanathabutd, Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara Thailand (NSC), yang akan menyertai Yingluck pada rundingan di Kuala Lumpur minggu ini.

"Malaysia akan menguruskan (rundingan itu) dengan mengatur tempat (rundingan) tetapi tidak akan memainkan peranan dalam rundingan tersebut,'' katanya, sambil menegaskan tentang keperluan ''ketua-ketua tegar militan ... yang aktif'' dikenal pasti dan dihubungi untuk mengadakan rundingan itu.

''Jika tidak, masalah itu tidak akan dapat diselesaikan,'' katanya.

Wilayah selatan Thailand sering mengalami serangan bom dan kejadian tembakan curi oleh kumpulan militan yang menuntut autonomi yang lebih luas, yang ditolak sama sekali oleh kerajaan Thailand. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.