saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 26/06/2013

Amir Qatar serah takhta kepada anak

Imej daripada Qatar TV merakamkan Amir Qatar Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani menyampaikan ucapan mengumumkan penyerahan takhta kepada anaknya, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani di Doha, semalam. - AGENSI

DOHA 25 Jun - Amir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani, hari ini mewariskan takhta kerajaan kepada anaknya, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani, sekali gus menjadi negara pertama membawa perubahan kepimpinan di rantau Arab.

Pemimpin berusia 61 tahun itu menyerahkan kuasa negara ini yang kukuh dari segi ekonomi dan memainkan peranan penting dari segi diplomasi semasa konflik kebangkitan Arab beberapa tahun lalu yang kemudian dikenali sebagai Arab Spring.

"Saya dengan ini mengumumkan segala kuasa saya diserahkan kepada Sheikh Tamim.

"Keputusan ini dibuat bagi menandakan permulaan era baharu kepimpinan muda untuk mentadbir negara ini," kata Sheikh Hamad dalam satu ucapan yang disiarkan melalui televisyen.

Sheikh Hamad menjadi pemimpin negara ini dalam satu rampasan kuasa menjatuhkan ayahnya, Sheikh Khalifa pada Jun 1995 dan menggunakan sumber kekayaan gas untuk menjadikan Qatar sebagai sebuah negara moden.

Sumber diplomat berkata, tindakan Amir Qatar menyerahkan takhta secara rela kepada anaknya, mungkin akan menjadi contoh kepada negara-negara Arab lain yang sejak sekian lama dilabel sebagai pemerintah kuku besi kerana tidak menukar kepimpinan.

Tindakan pemimpin Arab memerintah selama berdekad-dekad menyebabkan tercetusnya revolusi Kebangkitan Arab yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Tunisia, Mesir dan Libya.

"Amir (Sheikh Hamad) sedar beliau harus mengetengahkan generasi baharu.

"Beliau sebelum ini merancang untuk menyerahkan kuasa kepada Sheikh Tamim dan melakukan rombakan Kabinet dengan membawa muka-muka muda," jelas sumber terbabit.

Tamim, yang berusia 33 tahun, merupakan anak kedua Sheikh Hamad hasil perkahwinan dengan isteri keduanya, Sheikha Mozah bint Nasser Al Missned.

Bakat kepimpinan beliau telah digilap selama beberapa tahun untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini yang juga merupakan sekutu kuat Barat.

Tamim mendapat pendidikan di Britain dan merupakan timbalan komander tentera darat serta ahli Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan.

Beliau diangkat sebagai pewaris Amir Qatar selepas abangnya, Sheikh Jasim bin Hamad bin Khalifa Al Thani menyerahkan hak mewarisi takhta ayahnya pada 5 Ogos 2005. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.