saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 23/07/2013

Densus 88 tembak mati 2 pengganas

JAKARTA 22 Julai - Pasukan khas antipengganas Polis Indonesia, Densus 88 menembak mati dua lelaki yang disyaki anggota rangkaian pengganas Poso di Kota Tulungagung, Jawa Timur pagi ini.

Pasukan Densus 88 juga menangkap dua lelaki lain ketika mereka sedang menunggu bas di sebuah pondok bas Jalan Pahlawan di kota Tulungagung.

Menurut Ketua Polis Jawa Timur, Unggung Cahyono, dua daripada empat pengganas itu ditembak mati kerana membawa senjata api dan bom.

"Dua lelaki yang ditembak merupakan pengganas rangkaian Poso. Densus 88 sudah menjejaki kelibat mereka di Tulungagung sejak tiga hari lalu sehingga berjaya ditembak dan ditahan pada pukul 8.45 pagi ini," kata Unggung.

Menurut polis, dua daripada suspek pengganas itu ialah Dayat dan Riza yang merupakan sebahagian daripada jaringan pengganas Poso yang berasal dari Medan.

Jurucakap Polis Indonesia, Ronny F. Sompie pula berkata, keempat-empat suspek pengganas itu cuba ditahan oleh pasukan Densus di sebuah pondok bas Jalan Pahlawan di kota itu sebelum terjadi tembak-menembak.

"Keempat-empat suspek itu sedang menunggu bas sebelum pasukan Densus menahan mereka. Seorang daripada suspek, Dayat mengacukan pistol dan cuba menembak ke arah seorang anggota Densus. Ia diikuti dengan aksi berbalas-balas tembakan," kata Ronny pada satu sidang akhbar.

Dayat dan rakannya, Riza terbunuh dalam kejadian itu, sementara dua suspek yang ditahan ialah Mugi Hartanto dan Sapari yang dikenal pasti sebagai penduduk tempatan Tulungagung.

Menurut Ronny, keempat-empat suspek pengganas itu mempunyai rekod merancang beberapa siri rompakan bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk menaja rangkaian keganasan Santoso.

Jenazah dua suspek pengganas itu dibawa ke Hospital Bhayangkara, Kediri untuk bedah siasat, sementara dua suspek yang ditangkap dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jawa Timur untuk soal siasat. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.