LUAR NEGARA
ARKIB : 11/08/2013
Tanah runtuh di Jepun, empat maut

TOKYO 10 Ogos - Sebanyak empat mayat ditemui, hari ini di kawasan tanah runtuh di utara negara ini, meningkatkan angka korban ekoran hujan lebat kepada enam orang.
Polis tempatan berkata, mayat seorang lelaki berumur 93 tahun bersama isterinya berusia 88 tahun dan anak lelaki mereka, 61, ditemui berdekatan rumah mereka di Senboku, wilayah Akita.
''Hampir 300 polis dan askar yang menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat masih mencari isteri lelaki berumur 61 tahun itu,'' kata polis.
Polis berkata, rumah mereka merupakan antara lapan bangunan yang ditimbus tanah runtuh ekoran hujan lebat yang melanda wilayah tersebut semalam.
''Pasukan menyelamat juga menemui mayat seorang lelaki berumur 58 tahun di bawah runtuhan di kawasan sama,'' kata polis.
Hujan lebat melanda utara Jepun, semalam dengan beberapa kawasan di Akita mencatat hujan lebih daripada 108 milimeter dalam sejam, rekod hujan paling lebat.
Keadaan itu mengakibatkan tanah runtuh dan air sungai melimpah di Akita dan wilayah berdekatan, Iwate. - AFP
MH17: Belanda gesa Rusia beri kerjasama
Jokowi naik harga minyak 50 peratus?
AS perhebat serangan ke atas ISIL
Polis HK roboh khemah penunjuk perasaan
Remaja lumpuh guna kaki bionik
Penyelidik temui senjata purba
Raja Arab Saudi sumbang iPad
Joko Widodo rancang naikkan harga minyak sebanyak 50 peratus
Najib garis lima keutamaan Malaysia sebagai anggota PBB
14 orang maut dalam serangan udara Syria
MILF, MNLF setuju berunding
Taiwan rancang bina pelabuhan tentera di Spratly
Susilo pengerusi mesyuarat Kabinet kali terakhir
Pemimpin Hong Kong sedia berunding
Ratusan anggota IS terbunuh di Kobani
AS nafi askar terkena serangan kimia
Putin tuduh Obama musuhi Rusia
Al-Qaeda kuasai pekan di selatan Yemen
Lelaki berjaya buang tumor seberat 21 kg
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












