VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 15/09/2013

MNLF setuju gencatan senjata

Benigno Aquino (kiri) melawat seorang anggota tentera yang dirawat di Hospital di Kem Navarro, bandar Zambonga, selatan Filipina, selepas cedera dalam pertempuran dengan kumpulan MNLF di Kampung Santa Catalina, semalam. - AFP

ZAMBOANGA 14 Sept. - Kumpulan bersenjata Filipina, Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dilapor bersetuju mengadakan gencatan senjata bagi memberi laluan kepada rundingan damai dengan kerajaan untuk mengakhiri krisis tebusan di bandar ini.

Konflik itu bermula pada Isnin lalu apabila kira-kira 200 anggota MNLF menyerang beberapa kawasan kediaman penduduk di Zamboanga dan menahan lebih 100 orang sebagai tebusan.

Seramai 53 orang, kebanyakannya anggota MNLF, disahkan terbunuh dalam pertempuran antara tentera kerajaan dan kumpulan bersenjata itu sejak Isnin lalu.

Timbalan Presiden Filipina, Jejomar Binay berkata, ketua MNLF, Nur Miusari bersetuju untuk berdamai buat sementara selepas mereka berhubung melalui telefon lewat semalam.

Persetujuan Misuari itu dimaklumkan kepada Setiausaha Pertahanan, Voltaire Gazmin yang berusaha menyelesaikan krisis di bandar berkenaan.

"Penyelesaian secara baik boleh dicapai melalui gencatan senjata, kata Binay.

Sementara itu, beberapa pertempuran terus berlaku di Kampung Santa Catalina, menyebabkan seorang askar cedera.

Satu serangan mortar turut dilancarkan oleh MNLF ke arah sebatang jalan di hadapan hospital kerajaan, mengakibatkan empat anggota perubatan Palang Merah dan dua askar cedera. - AP

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.