saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 15/09/2013

Gunung berapi Sinabung, Sumatera Utara meletus

GUNUNG berapi Sinabung di daerah Karo, Sumatera Utara yang dilaporkan meletus pada awal hari ini. - AGENSI

JAKARTA 15 Sept. - Gunung berapi Sinabung di daerah Karo, Sumatera Utara meletus pada awal hari ini (Ahad) menyemburkan abu volkanik dan batu-batu kecil ke beberapa perkampungan di sekitarnya dan memaksa ribuan penduduk berpindah ke kawasan selamat.

Berikutan perkembangan itu pihak berkuasa meningkatkan status amaran Gunung Sinabung kepada Siaga (Peringkat III).

Letusan pada pukul 2.51 pagi itu turut mengganggu beberapa aktiviti penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Deli Sedang, Sumatera Utara, kerana debu volkanik menurunkan jarak penglihatan di lapangan terbang itu selama beberapa ketika, namun keadaan pada masa ini kembali normal.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Gunung Sinabung yang berketinggian 2,460 meter dari paras laut itu mula menunjukkan tanda awal letusan apabila muncul api di puncak kawah pada pukul 2.45 pagi berserta asap tebal hitam yang membawa abu keluar dari kawah Sinabung.

Pusat Volkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Badan Geologi Indonesia meningkatkan status amaran Gunung Sinabung daripada Waspada (peringkat II) menjadi Siaga (Peringkat III) dan menyarankan supaya tidak ada sebarang aktiviti dalam kawasan radius 3km dari kawah.

Para penduduk di Desa Sukameriah yang berada dalam radius 3km digesa untuk dipindahkan terlebih dahulu.

"Penduduk di Desa Sukameriah, di daerah kecil Payung, dan Desa Kutarayat, Kutagugung, Simacem dan Bekerah di daerah kecil Namanteran, berpindah sendiri ketika mereka mendengar gemuruh dan letusan Gunung Sinabung.

"Penduduk ditempatkan di bangunan sekitar pejabat Pegawai Daerah Karo.

Jumlah penduduk yang berpindah masih dalam pendataan. Hingga masa ini belum ada laporan korban jiwa dan kerosakan," kata BNPB dalam kenyataan pada Ahad.

Pasukan Reaksi Cepat BNPB dan Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Sumatera Utara pada pagi ini menuju ke lokasi untuk melakukan penyelarasan dengan Pegawai Daerah Karo bagi menangani bencana itu.

Sehingga pukul 9 pagi ini, Gunung Sinabung dilaporkan masih menyemburkan abu volkanik dan batu-batu kecil namun jumlahnya tidak sebanyak semburan pada awal hari ini. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.