saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 05/10/2013

AS digesa selesai segera krisis politik

Penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi menggesa Kongres supaya segera menyelesaikan krisis politik negara itu di hadapan bangunan Capitol, Washington , Amerika Syarikat, kelmarin. - AFP

TOKYO 4 Okt. - Pemimpin-pemimpin dunia, hari ini menggesa Amerika Syarikat (AS) menyelesaikan krisis politik di negara itu yang menyebabkan kerajaan AS lumpuh sejak Selasa lalu, bagi mengelak sebarang 'kesan besar' kepada ekonomi global.

Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso berkata, kerajaan AS yang lumpuh telah menjejaskan pasaran kewangan dunia dan beliau memberi amaran ia akan menjadi bertambah buruk jika keadaan ini berterusan.

"Situasi itu akan menyebabkan mata wang dolar menjadi rendah dan ini adalah satu berita buruk kepada eksport Jepun yang menjadi perangsang utama kepada pertumbuhan negara ini," katanya.

Menurut Aso, pertikaian berhubung had hutang AS yang perlu diputuskan sebelum 17 Oktober ini, pula akan memberi kesan antarabangsa kerana ia akan menyebabkan negara itu tidak dapat membayar hutang.

Perdana Menteri Britain, pula memberi amaran kerajaan AS yang lumpuh boleh membahayakan ekonomi dunia.

"Jika negara ekonomi terbesar dunia itu lumpuh berterusan dan pelan pengurangan defisit AS tidak dapat dilaksanakan, ekonomi dunia akan berada dalam bahaya," katanya kepada radio BBC.

Pakar ekonomi, sebelum ini turut memberi amaran bahawa kerajaan AS yang lumpuh akan melembapkan pertumbuhan ekonomi dunia.

Laporan tahunan Negara Serantau oleh Majlis Kerjasama Ekonomi Pasifik (PECC) yang dikeluarkan, hari ini turut menyifatkan keadaan AS yang lumpuh boleh melembapkan pertumbuhan ekonomi di negara Asia Pasifik.

Setiausaha Agung PECC, Eduardo Pedrosa berkata, kegagalan AS meluluskan pakej ekonomi dan bajet, dikategorikan sebagai risiko tahap lima kepada pertumbuhan negara Asia Pasifik oleh 560 pemimpin di rantau itu. - AFP/BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.