saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 14/12/2013

Bapa saudara pemimpin Korea Utara dihukum mati

Gambar yang dikeluarkan oleh agensi berita Yonhap semalam, merakamkan Song-Thaek (dua dari kanan) diiring dua pegawai tentera ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah khas tentera di Korea Utara, kelmarin. - AFP

SEOUL 13 Dis. - Korea Utara menjatuhkan hukuman mati ke atas bapa saudara pemimpin negara itu, Jang Song-thaek, selepas berita penyingkiran mengejut pegawai berkenaan yang suatu ketika dahulu merupakan seorang yang sangat berkuasa, dengan melabelkannya sebagai 'manusia keji' dan 'pengkhianat', lapor agensi berita tempatan KCNA, hari ini.

Song-thaek dilaporkan dijatuhi hukuman mati semalam, sejurus selepas beliau dihadapkan ke mahkamah khas tentera atas dakwaan melakukan 'jenayah terkutuk' untuk menggulingkan kerajaan melalui pelbagai komplot dan cara bagi merebut kuasa tertinggi parti dan negara.

''Tertuduh merupakan pengkhianat kepada negara dan semua peringkat umur yang melancarkan tindakan anti parti, anti revolusi dalam usaha untuk menggulingkan kepimpinan parti, negara dan sistem sosialis,'' kata laporan tersebut.

Rejim itu menuduh Song-thaek mengkhianti kepercayaan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan bapanya, Kim Jong-Il.

Menurut KCNA, Song-thaek yang digelar sebagai 'sampah manusia keji, lebih teruk daripada anjing' itu turut dituduh cuba masuk campur dalam urusan pengganti Jong-un.

Song-thaek juga dituduh memasukkan 'elemen asing serta tidak diingini' ke dalam sebuah jabatan Pusat Jawatankuasa parti bagi tujuan 'menghimpunkan sekumpulan pemberontak untuk digunakan oleh beliau bagi menggulingkan pemimpin atas parti dan negara'', tambah laporan itu.

Sementara itu, Washington berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan laporan berkenaan tetapi tidak meragui Song-thaek telah dijatuhi hukuman mati.

''Sekiranya disahkan, ini menunjukkan satu lagi contoh kekejaman melampau rejim Korea Utara,'' kata Timbalan jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Marie Harf.

''Kami mengikuti perkembangan di Korea Utara dan menghubungi sekutu serta rakan kami di rantau itu,'' tambah Harf.

Semasa perbicaraan, Song-thaek berkata, beliau merancang cubaan untuk mengadakan rampasan kuasa dengan menggerakkan sekutu-sekutunya dalam tentera, menurut laporan KCNA.

''I merancang cubaan untuk membangkitkan bantahan rakyat dan tentera berkaitan situasi buruk ekonomi dan kehidupan rakyat yang gagal ditangani oleh rejim (Jong-un)'' Song-thaek dilaporkan berkata pada mahkamah khas tentera itu.

Mahkamah mendapati beliau bersalah cuba menggulingkan kerajaan dan melanggar Undang-undang Jenayah dan menjatuhkan hukuman mati ke atas Song-thaek atas nama 'revolusi dan rakyat'.

Hukuman mati itu dilaksanakan dengan serta-merta, lapor KCNA.

Sebelum ini, Song-thaek, 67, yang berkahwin dengan saudara perempuan Kim Jong-Il, memainkan peranan penting dalam membentuk kepimpinan Jong-un yang masih mentah ketika itu.

Stesen TV milik negara awal minggu ini mendedahkan gambar-gambar Song-thaek diheret dari kerusinya semasa satu mesyuarat oleh dua pegawai, dalam satu kejadian yang jarang-jarang berlaku seorang tokoh Korea Utara dimalukan di khalayak ramai dan kemudian dituduh sebagai seorang kaki perempuan dan mengambil dadah. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.