saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 07/01/2014

Liga Awami menang mudah

DHAKA 6 Jan. - Parti pemerintah Bangladesh, Liga Awami menepati ramalan untuk memenangi pilihan raya umum yang berlangsung semalam walaupun proses pengundian dicemari keganasan dan diboikot oleh parti pembangkang utama.

Liga Awami memenangi 232 daripada 300 kerusi, dengan 127 kerusi dimenangi tanpa bertanding, sekali gus membolehkan parti pemerintah itu meraih majoriti dua pertiga.

Kemenangan tersebut bagaimanapun dicemari keganasan sepanjang proses pengundian apabila seramai 18 orang dilaporkan terbunuh dalam beberapa kejadian berasingan meskipun pihak berkuasa mengetatkan kawalan keselamatan di seluruh negara.

Jumlah itu menjadikan angka keseluruhan mangsa yang terbunuh melebihi 100 orang sepanjang tempoh kempen sehingga ke tarikh pengundian semalam.

Sementara itu, pakar ekonomi dan penasihat kerajaan, Hossain Zillur Rahman memberi amaran tentang kemungkinan pilihan raya perlu diadakan semula ekoran jumlah pengundi yang keluar terlalu rendah.

Katanya, parti pimpinan Perdana Menteri, Sheikh Hasina mungkin perlu meneliti faktor itu dan mencari kata sepakat dengan kumpulan pembangkang, Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) untuk mengadakan pilihan raya semula.

"Kerajaan Hasina perlu sedar tanda-tanda bantahan yang kuat ditunjukkan oleh rakyat yang tidak gembira dengan cara pilihan raya negara ini diadakan.

"Jumlah pengundi yang sangat rendah merupakan petunjuk jelas bahawa Hasina perlu mengadakan rundingan dengan Parti BNP," katanya.

Angka rasmi pengundi yang keluar semalam masih belum diperoleh, tetapi berdasarkan pemerhatian pegawai pilihan raya, jumlah pengundi di pusat-pusat pengundian di Dhaka sangat sedikit dengan catatan 28 peratus di Lalbagh dan 21 peratus di satu lagi kawasan berdekatan.

Sementara itu, Hasina menyuarakan hasrat untuk mengadakan rundingan dengan Parti BNP yang diketuai Khaleda Zia bagi mengadakan satu lagi pilihan raya sekiranya kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Menteri Kehakiman Rendah, Mohammad Quamrul Islam berkata, pilihan raya boleh diadakan sekali lagi berdasarkan sistem demokrasi namun pihak BNP perlu menghentikan keganasan sebelum mengadakan rundingan. - REUTERS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.