saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 20/05/2014

Jusuf Kalla diumum gandingan Jokowi

Dari kiri, Joko Widodo serta isteri, Iriana dan Jusuf Kalla bersama isteri, Mufidah melambai ke arah penyokong mereka semasa pengumuman Jusuf sebagai calon gandingan Jokowi di Gedung Joang 45 di Jakarta, Indonesia, semalam. - AFP

JAKARTA 19 Mei - Bekas Naib Presiden Indonesia kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono secara rasmi menjadi calon gandingan kepada Joko Widodo (Jokowi) untuk bertanding pada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden 2014 pada 9 Julai ini.

Jokowi yang juga calon popular Presiden daripada Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) berkata, keputusan menamakan Jusuf Kalla sebagai rakan gandingannya diputuskan oleh kesemua kepimpinan parti yang membentuk pakatan bersama parti itu.

“Setelah menghalusi semua pertimbangan dan selepas mengadakan perbincangan dengan seluruh ketua parti serta pertimbangan daripada Ibu Megawati Sukarnoputeri (Ketua Umum PDI-P) malam tadi, kita putuskan calon wakil (Naib) Presiden yang akan mendampingi saya ialah Bapa Drs. Muhammad Jusuf Kalla," kata Jokowi yang juga Gabenor Jakarta dalam deklarasinya, di sini hari ini.

Jokowi berikrar, beliau dan Jusuf akan membawa perubahan di negara yang mempunyai penduduk lebih 234 juta orang ini.

Jusuf pula dalam reaksinya menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Jokowi sebagai calon Naib Presiden bagi penggal baru selama lima tahun bermula Oktober ini.

“Saya ingin menyatakan sepenuh hati, saya bersedia mendampingi Ir. Joko Widodo," katanya.

Persetujuan untuk menamakan Jusuf sebagai calon Naib Presiden dicapai pada rundingan antara PDI-P dan tiga parti politik lain iaitu Nasional Demokrat (Nasdem), Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) dan Hati Nurani Rakyat (Hanura).

Gabungan Jokowi-Jusuf sekali gus menyaksikan mereka bakal bersaing dengan gabungan Prabowo Subianto daripada parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) dan Hatta Rajasa daripada Parti Amanat Nasional (PAN).

Pencalonan Prabowo sebagai calon Presiden dan Hatta sebagai calon Naib Presiden dibuat oleh Gerindra dan PAN bersama empat parti lain iaitu Golongan Karya (Golkar), Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Parti Persatuan Pembangunan (PPP) dan Parti Bulan Bintang (PBB). - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.