saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 03/06/2014

Pembentukan negeri ke-29 diraikan di India

Penduduk Telangana tidak melepaskan peluang menyaksikan majlis sambutan pembentukan negeri baharu India yang ke-29 selepas berpisah daripada Andhra Pradesh di Hyderabad, semalam. - AFP

NEW DELHI 2 Jun - India menyambut pembentukan negeri baharu yang ke-29, Telangana selepas Andhra Pradesh dipisahkan menjadi dua negeri, hari ini, sekali gus akan ditadbir oleh kerajaan negeri sendiri.

Rangkaian berita Al-Jazeera melaporkan, K. Chandrasekhar Rao dari Parti Telangana Rashtra Samithi (TRS), mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pertama Telangana di negeri yang dihuni kira-kira 35 juta orang di 10 daerah itu.

Gabenor Andhra Pradesh, Ekkadu Srinivasan Lakshminarasimhan pula dilantik memegang jawatan yang sama di negeri baharu itu.

Perdana Menteri India yang baharu, Narendra Modi melalui laman sosial Twitter turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Chandrasekhar atas pelantikan tersebut.

Pembentukan negeri baharu itu dibuat selepas penduduk Telangana yang terletak di selatan India, menuntut pemisahan dilakukan sejak negara ini merdeka pada 1947 kerana mendakwa sering didiskriminasi dalam pengagihan dana kerajaan, bekalan air dan pekerjaan.

Sehubungan itu, ketua Jawatankuasa Tindakan Bersama Telangana, M. Kodandaram berkata, kewujudan negeri berkenaan merupakan detik bersejarah bagi penduduk Telangana yang mahu ditadbir oleh kerajaan negeri sendiri.

Tambahnya, kerajaan baharu yang dipilih berdasarkan pilihan raya baru-baru ini perlu menunaikan manifesto yang menyaksikan pembentukan Telangana.

"Kami sangat gembira kerana sudah banyak pengorbanan dibuat untuk menjadikan Telangana sebagai sebuah negeri," katanya.

"Kini, rakyat negeri ini mahu pembangunan yang pesat dan pengagihan sama-rata hasil negeri daripada kerajaan pusat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.