saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 10/06/2014

Taliban serang lapangan terbang

KEPULAN asap kelihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah dalam kejadian serangan di Karachi, Pakistan, kelmarin. - AFP

KARACHI 9 Jun - Sekurang-kurangnya 28 orang terkorban selepas sekumpulan militan Taliban yang menyamar sebagai anggota tentera bertindak menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, lewat malam semalam.

Pasukan keselamatan terpaksa berbalas tembakan mesingan dan serangan roket dengan 10 anggota kumpulan itu selama lima jam sehingga awal pagi ini sebelum kesemua mereka berjaya dibunuh.

Ketua Menteri Wilayah Sindh, Qaim Ali Shah berkata, serangan itu dilancarkan penyerang menggunakan senapang automatik dan pelancar roket, menyebabkan beberapa bahagian terminal terbakar dan kepulan asap hitam boleh dilihat dari jauh.

"Kesemua penyerang sangat terlatih dan telah membuat perancangan rapi sebelum melancarkan serangan.

"Mereka sebenarnya merancang mahu meletupkan beberapa buah pesawat, namun gagal," jelas Qaim, sambil menambah serangan turut mengakibatkan beberapa bahagian lapangan terbang musnah.

Ketua Pengarah Renjer Separa Tentera, Rizwan Akhtar memberitahu, tiga anggota militan meletupkan diri mereka dan tujuh lagi ditembak pihak berkuasa.

Sementara itu, jurucakap tentera Pakistan, Jeneral Asim Bajwa dalam akaun Twitter berkata, tiada kapal terbang yang rosak dalam insiden itu dan sebagai langkah berjaga-jaga anggota tentera telah diarah melakukan pemeriksaan di seluruh kawasan lapangan terbang.

Mayat 18 mangsa lain termasuk lapan pengawal keselamatan dan empat kakitangan Syarikat Penerbangan Antarabangsa Pakistan (PIA), telah pun dibawa ke hospital di Karachi, lokasi 26 mangsa yang cedera dirawat.

Jurucakap PIA, Mashoor Tajwar berkata, tiada penumpang terlibat dalam kejadian tersebut.

"Tiada penumpang terperangkap dalam kejadian itu. Semua penerbangan telah dilencongkan ke Lahore dan Nawabshah.

"Operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah juga telah disambung seperti biasa," katanya.

Dalam perkembangan sama jurucakap Taliban, Shahidullah Shahid mengaku pihaknya bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

"Ini merupakan satu peringatan kepada kerajaan Pakistan bahawa kami masih lagi hidup dan memberi tindak balas apabila banyak penduduk kampung kami yang terkorban akibat dibom," ujar Shahidullah. - AGENSI/AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.