saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 11/06/2014

Karachi diserang lagi

SEBAHAGIAN bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah musnah akibat serangan militan Taliban di Karachi, kelmarin. - REUTERS

KARACHI 10 Jun - Dua orang lelaki bersenjata yang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah sebuah akademi keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, di sini hari ini, dua hari selepas kumpulan militan Taliban menyerang lapangan terbang tersebut yang menyaksikan lebih 30 orang maut.

Serangan di pos pemeriksaan yang mengawal pintu masuk ke kem Pasukan Keselamatan Lapangan Terbang (ASF), 500 meter dari kawasan utama lapangan terbang itu, berlaku pada kira-kira pukul 12.30 petang (3 petang waktu Malaysia).

Jurucakap, Kolobel Tahir Ali berkata, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam serangan tersebut.

"Penyerang melarikan diri selepas melepaskan tembakan kerana kami berada dalam keadaan berjaga-jaga di bawah prosedur operasi standard di mana pasukan renjer separa tentera dan tentera dipanggil membantu mengawal keselamatan,'' katanya.

Beliau berkata, kakitangan ASF melepaskan tembakan ke udara dan tiada kejadian berbalas-balas tembakan dengan penyerang.

Jurucakap tentera, Mejar Jeneral Asim Bajwa berkata, serangan tersebut telah berakhir, namun menyatakan kumpulan penyerang terdiri daripada tiga hingga empat orang.

Kumpulan militan Taliban mengaku bertanggungjawab di atas serangan ke atas akademi tersebut.

"Kami menerima tanggungjawab ke atas kejayaan menyerang kerajaan.

"Kami berjaya melancarkan serangan ke atas setiap sasaran dan kami akan terus melakukannya,'' kata jurucakap Taliban, Shahidullah Shahid. - AFP/REUTERS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.