saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 18/07/2014

Korban Taufan Rammasun meningkat 38 orang

MANILA 17 Julai - Korban akibat Taufan Rammasun yang melanda ibu negara Filipina semalam, meningkat kepada 38 orang dan sekurang-kurangnya lapan orang yang lain dilaporkan masih hilang.

Taufan Rammasun yang merupakan taufan terkuat membadai negara ini pada tahun ini, kini dilaporkan menuju ke China dari kepulauan Luzon selepas mengakibatkan banyak kemusnahan di Manila.

Pengarah Eksekutif Agensi Bencana Kebangsaan, Alexander Pama berkata, taufan itu memusnahkan kira-kira 7,000 buah rumah selain mengakibatkan 530,000 penduduk terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Pama menganggarkan jumlah kerugian akibat kemusnahan sawah dan ladang jagung di wilayah Bicol, tenggara Manila, kawasan pertama dibadai taufan tersebut mencecah AS$15 juta (RM47.66 juta). - REUTERS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.