saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 19/07/2014

Jason Biggs dikecam persenda MH17 ditembak jatuh

Jason Biggs

LOS ANGELES 18 Julai - Pelakon, Jason Biggs dikecam apabila mempersendakan insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh di wilayah bergolak di timur Ukraine di laman sosial Twitternya, semalam.

Laman web selebriti Female First melaporkan bintang filem Orange Is The New Black itu dikecam hebat oleh berpuluh-puluh pengikutnya di Twitter selepas dia menyatakan `Siapa mahu beli tiket pengguna tetap Malaysia Airlines saya’, sejurus selepas laporan berita tentang pesawat Malaysia Airlines yang membawa 298 orang itu dilaporkan terhempas di Ukraine, malam tadi.

Bagaimanapun, dia kemudian membuat komen “Bagaimana anda boleh salah tembak sebuah pesawat komersial? Ugh. Saya bersimpati dengan mangsa dan keluarga mereka. Bagaimanapun, Malaysia Airlines adalah sebuah syarikat penerbangan hebat. Akan sukar bagi mereka untuk pulih.’’

Selepas tweetnya dikritik hebat oleh pengikutnya, pelakon berumur 36 tahun itu menegaskan dia tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan sesiapa.

“Hey semua.. ia hanyalah satu jenaka. Anda tidak perlu merasakan ia lucu atau mengikuti tweet saya.

“Tanggapan saya tidak bersimpati terhadap mangsa dan ahli keluarga (mangsa) tidak masuk akal. Anda tahu kan, ia tidak benar. Pergi selesaikan masalah anda di tempat lain,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.