saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 21/07/2014

Suruhanjaya Negara Ukraine bagi siasat MH17 tidak tahu lokasi kotak hitam

KUALA LUMPUR 21 Julai - Wakil Suruhanjaya Negara Ukraine bagi menyiasat nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh, tidak tahu lokasi kotak hitam pesawat itu, menurut kenyataan dikeluarkan Pusat Krisis Media Ukraine pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, bagaimanapun disyaki kotak hitam itu mungkin berada dalam tangan puak pemisah.

Sementara itu Naib Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman dalam kenyataan berkata 200 petugas Perkhidmatan Kecemasan Negara Ukraine terbabit dalam operasi mencari, bersama-sama dengan 800 sukarelawan.

Bagaimanapun, mereka melakukan kerja itu di bawah kawalan ketat pasukan puak pemisah bersenjata, kata Groysman, yang mengetuai Suruhanjaya Negara bagi Penyiasatan berhubung keadaan yang membawa kepada MH17 terhempas.

"Setakat hari ini (Ahad) kami berjaya mengumpulkan dan menempatkan 192 mayat dan lapan bahagian tubuh mangsa penerbangan MH17 di dalam tren khas. Tren ini berada di Torez, dan ia dikunci," katanya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.