saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 23/07/2014

MH17: 18 petugas Malaysia bantu proses penghantaran mayat ke Belanda

KUALA LUMPUR 23 Julai - Malaysia menghantar 18 petugas pengecaman mangsa bencana (DVI) ke Kharkiv, Ukraine bagi membantu proses penghantaran mayat korban nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 ke Amsterdam, Belanda.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mereka akan membantu proses penandaan dan pemindahan mayat ke pesawat tentera Belanda, C130 Hercules.

"Saya dimaklumkan bahawa pasukan forensik dan pasukan sokongan yang relevan kini terpaksa melakukan proses yang memakan masa beberapa jam sebelum mayat terbabit diterbangkan ke Amsterdam.

"Kita masih perlu tahu apa yang sebenarnya terjadi dan kita harap penyiasat akan menjalankan tugas mereka di lokasi nahas bagi menentukan perkara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mayat penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dibawa ke Kharkiv oleh sebuah kereta api dari Torez dan selamat tiba pukul 11 pagi waktu Ukraine (4 petang waktu Malaysia) pada Selasa.

Petugas DVI dihantar ke Kharkiv berikutan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin malam bahawa 282 mayat akan dipindahkan oleh kereta api dari Torez ke Kharkiv selepas beliau berjaya berunding dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah bergolak di Ukraine di mana nahas itu berlaku.

Pesawat MH17, yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat jenis Boeing 777-200 itu membawa 298 orang iaitu 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Dipercayai pesawat itu ditembak jatuh namun sehingga hari ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas insiden berkenaan.- BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.