saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 17/10/2014

MILF, MNLF setuju berunding

PENASIHAT Presiden tentang Proses Keamanan, Teresita Deles (tujuh dari kanan) dan wakil-wakil kerajaan bergambar bersama anggota MILF dan MNLF di Manila pada Isnin lalu. - AGENSI

MANILA 16 Okt. - Dua kumpulan yang bertelagah di Mindanao dilaporkan bersetuju menyertai forum bagi menyelesaikan perbezaan antara mereka secara aman pada penghujung bulan ini.

Kenyataan Pejabat Penasihat Presiden tentang Proses Keamanan semalam berkata, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dilaporkan telah bersedia untuk menghidupkan semula Forum Penyelarasan Bangsamoro (BCF) yang bakal berlangsung pada 26 dan 27 Oktober ini.

Mesyuarat pertama antara kedua-dua kumpulan itu di bawah BCF akan dipengerusikan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dengan dianggotai 20 orang wakil.

MILF dan MNLF masing-masing akan menghantar 10 orang wakil, dengan perwakilan itu dijangka mengadakan pertemuan setiap tiga bulan selepas forum itu berlangsung.

MILF dan MNLF mengadakan pertemuan pada Isnin lalu di bawah naungan OIC, sebuah badan berpengaruh yang dianggotai oleh 56 negara Islam selepas menaja perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan MNLF 1996.

Duta Mesir ke Manila, Mahmoud Mostafa yang mempengerusikan Jawatankuasa Keamanan OIC di selatan Filipina (PCSP) dan Hassan Abdein daripada Bahagian Komuniti dan Minroti OIC turut hadir pada mesyuarat yang menyaksikan MILF dan MNLF bersetuju dan menandatangani terma rujukan untuk BCF, kelmarin.

Di bawah terma forum itu, BCF antara lain berfungsi untuk menyediakan tempat bagi membincangkan isu dan masalah berbangkit yang dihadapi Bangsamoro, termasuk mencari titik persamaan berhubung perjanjian damai yang mereka tandatangani dengan kerajaan secara berasingan.

Forum itu juga akan menyelaras dan menyatukan usaha-usaha MILF dan MNLF ke arah mencapai aspirasi Bangsamoro daripada segi penyelesaian politik dan keamanan yang berpanjangan serta pembangunan yang inklusif untuk wilayah tersebut.

Platform itu juga dijadikan sebagai proses rundingan antara kedua-dua kumpulan itu dengan masyarakat Bangsamoro termasuk golongan ulama, lapor Rappler.com.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.