saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 17/10/2014

Susilo pengerusi mesyuarat Kabinet kali terakhir

JAKARTA 16 Okt. - Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet buat kali terakhir di pejabat Setiausaha Negara sebelum menyerahkan jawatan nombor satu Indonesia itu kepada penggantinya, Joko Widodo (Jokowi) pada 20 Oktober ini.

Dalam mesyuarat tersebut, Susilo tidak langsung menyentuh agenda berkaitan dasar-dasar pentadbiran, sebaliknya, beliau hanya bercakap mengenai perkhidmatannya yang akan berakhir tidak sampai seminggu lagi.

Susilo turut menyampaikan amanat perpisahan beliau dan Naib Presiden, Boediono kepada barisan menteri, timbalan menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta anggota Dewan Pertimbangan Presiden.

"Agenda mesyuarat kali ini adalah yang terakhir dilakukan. Oleh kerana itu, kita tidak akan membahas soal dasar, tapi lebih kepada refleksi apa yang selama ini telah dilakukan," kata Susilo sebelum mesyuarat bermula.

Jumlah mereka yang menghadiri mesyuarat kali ini jauh lebih besar berbanding mesyuarat-mesyuarat sebelum ini.

Susilo turut meminta seluruh menteri dan pegawai yang pernah berkhidmat di bawah pemerintahnya agar tidak kesal dengan apa yang dilakukan selama sepuluh tahun.

Menurutnya, kesemua menteri dan pegawai serta kakitangan telah memberikan khidmat yang baik, sekalipun masih ada sisa kerja yang ditinggalkan dan terpaksa diteruskan oleh pemimpin akan datang.

Susilo mendedahkan sejak kebelakangan ini khususnya menjelang hari-hari terakhir penggal pentadbirannya, setiap malam beliau sering merenung dan mengimbas kembali apa yang sudah dilakukannya sepanjang 10 tahun menjadi Presiden.

Beliau yakin menteri-menteri serta pegawai-pegawainya juga akan melakukan hal yang serupa.

"Barangkali ada yang berkata apa yang kurang, apa yang belum saya lakukan dan masing-masing akan menemukan itu. Nasihat saya, tidak perlu kita sesali apa yang (telah) kita lakukan kerana kita yakin we have done our best, (sudah melakukan yang terbaik) cuma masalahnya betapa rumit dan kompleks," kata Susilo.

Presiden keenam Indonesia itu mengambil kesempatan memaparkan pencapaian pemerintahannya serta menyentuh tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pemimpin selepas beliau serta meluahkan suara hatinya.

"Saya meminta maaf selaku Presiden jika ada yang belum dapat saya lakukan sebagaimana yang saudara-saudara harapkan. Saya juga seperti saudara-saudara berbuat yang terbaik, tetapi selalu ada keterbatasan dan kekurangan dalam lima tahun (kebelakangan) ini," tambahnya.

Sebaik-baik selesai memberi ucapan, Menteri Badan Usaha Milik Negara, Dahlan Iskan menjadi menteri pertama berdiri dan memberikan tepukan kepada Susilo diikuti anggota-anggota Kabinet yang lain serta seluruh anggota mesyuarat tersebut.

"Terima kasih, terima kasih, terima kasih," sambut Susilo.

Pada 20 Oktober ini, Susilo dan Boediono akan menghadiri majlis pelantikan Presiden dan Naib Presiden Indonesia yang baharu, Jokowi dan Jusuf Kalla. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.