saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 18/10/2014

MH17: Belanda gesa Rusia beri kerjasama

SEORANG anggota penyiasat daripada Kementerian Kecemasan Ukraine menjalankan siasatan di tapak nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 dekat Kampung Hrabove di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 13 Oktober lalu. - Reuters

MILAN 17 Okt. - Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte menggesa Rusia memberi kerjasama penuh berhubung siasatan terhadap nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Media Belanda melaporkan Rutte mengambil kesempatan mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin sempena Sidang Kemuncak Asia-Eropah kali ke-10 (ASEM) di Milan, Itali, semalam.

"Saya baru sahaja bercakap dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Milan dan menggesa beliau memberi kerjasama penuh bagi menyelesaikan kes berkaitan MH17," kata Rutte dalam laman sosial Twitternya, yang dimuat turun, semalam.

Sementara itu, dalam laman sosial Facebook Rutte berkata, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan pasukan pakar dapat memasuki kawasan nahas.

"Perkara ini melibatkan emosi dan sudah tentu saya berasa marah kepada mereka yang sering sahaja menghalang kami memulakan kerja-kerja di tapak kejadian.

"Kini terpulang pada kita untuk mencapai matlamat tersebut menggunakan segala peluang yang ada bagi menyelesaikannya," jelas Rutte.

Empat orang pakar dari Belanda dilaporkan sudah memasuki tapak nahas yang terletak di kawasan yang dikuasai kumpulan pemberontak pro-Rusia di selatan Ukraine pada Isnin lalu, namun pegawai-pegawai Belanda termasuk Rutte mengeluh kerana kekurangan akses untuk sampai ke tapak rangka pesawat itu berada.

Sehingga kini mayat seramai 272 mangsa daripada 298 orang penumpang dan anak kapal yang terkorban dalam nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai lalu sudah berjaya dikenal pasti identiti mereka. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zuhur 1:11
Asar 4:33
Maghrib 7:07
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.