saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 18/10/2014

Jokowi naik harga minyak 50 peratus?

JAKARTA 17 Okt. - Bakal Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo merancang menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 50 peratus dalam tempoh dua minggu selepas beliau mengangkat sumpah jawatan pada Isnin ini, tindakan yang dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak kira-kira AS$13 bilion (RM39 bilion) pada tahun depan.

Pembantu Joko berkata, Joko merancang menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 3,000 rupiah (RM0.80) seliter menjelang November ini.

"Beliau merancang melaksanakan keputusan itu pada 1 November ini, beliau akan melakukannya dalam tempoh dua minggu selepas menjawat jawatan Presiden Indonesia,'' katanya yang enggan mendedahkan identitinya kerana tidak dibenarkan bercakap kepada media.

Joko, bagaimanapun mungkin 'boleh mengubah fikiran' di saat akhir, katanya.

Harga petrol di Indonesia kini adalah sebanyak 6,000 rupiah (RM1.61) seliter dan harga diesel pula ialah 5,500 rupiah (RM 1.48) seliter.

Joko dijangka menghadapi tekanan untuk mengurangkan defisit bajet negara selepas mengambil alih jawatan daripada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Joko yang memenangi Pilihan Raya Presiden Indonesia pada Julai lalu, sebelum ini berharap kenaikan harga minyak itu dapat dilaksanakan sebelum beliau mengambil alih pentadbiran negara, namun Susilo menolak permintaan itu pada Ogos lalu.

Joko tidak mempunyai undi majoriti di Parlimen, keadaan yang akan menyukarkannya untuk mendapat kelulusan Parlimen berhubung sebarang rang undang-undang baharu, namun kelulusan Parlimen tidak diperlukan untuk menaikkan harga minyak.

- REUTERS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.