saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 18/10/2014

Polis HK roboh khemah penunjuk perasaan

HONG KONG 17 Okt. - Pasukan polis Hong Kong menyerbu lokasi penunjuk perasaan prodemokrasi untuk membersihkan khemah-khemah dan penghadang jalan yang mereka bina, sehari selepas pemimpin wilayah ini membuka semula pintu rundingan untuk mengakhiri konflik politik, yang berlarutan sejak hampir tiga minggu lalu.

Serbuan yang dilakukan di lokasi Mongkok pada awal pagi ini, tidak ditentang oleh kumpulan penunjuk perasaan, walaupun tercetus beberapa insiden pertempuran antara kumpulan prokerajaan dan prodemokrasi, sebelum ini.

Semalam, Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying membuat tawaran untuk berunding dengan kumpulan prodemokrasi, yang terdiri daripada golongan pelajar, seminggu selepas beliau menarik diri untuk mengadakan rundingan dengan pelajar pada saat akhir.

Namun, operasi polis membersihkan tapak tunjuk perasaan berdepan risiko tinggi ketika ketua penunjuk perasaan meragui tawaran Chung-ying, dan menyatakan bahawa penunjuk perasaan bersedia bertindak balas atas serbuan berkenaan, selain mengingkari larangan pihak berkuasa agar tidak memasuki kawasan perkhemahan.

Anggota polis bersenjata turut membawa pemotong besi dan gergaji untuk merobohkan ratusan khemah yang didirikan oleh penunjuk perasaan di jalan-jalan utama di kawasan Mongkok.

Operasi pembersihan itu membolehkan sebahagian laluan trafik dibuka semula kepada orang awam, tetapi kira-kira 100 penunjuk perasaan masih berkumpul di lokasi bertentangan.

Segelintir penduduk tempatan bersorak gembira apabila polis memasukkan khemah ke dalam lori sampah, menunjukkan sokongan mereka terhadap tindakan tegas pihak berkuasa ke atas penunjuk perasaan.

Seorang wanita berusia 50 tahun yang hanya dikenali sebagai Wong berkata, dia gembira dengan pembukaan semula jalan di Mongkok bagi memberi laluan kepada kenderaan di kawasan itu.

"Kami perlu menggunakan laluan itu untuk ke pergi ke tempat kerja dan jika pelajar mahu berdemonstrasi, pergilah ke taman dan buatlah bising di sana," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.