saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 18/10/2014

Raja Arab Saudi sumbang iPad

SEBAHAGIAN anak yatim Aceh yang mengikuti program menunaikan haji di Mekah, bermain komputer tablet, iPad yang disumbangkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdul Aziz.

BANDA ACEH - Seramai 105 anak yatim dari daerah Pidie dan Aceh Utara, menerima hadiah komputer tablet, iPad dan sejumlah wang tunai daripada Raja Arab Saudi selepas menunaikan haji di Mekah, baru-baru ini.

Kesemua anak yatim tersebut yang menerima undangan daripada Raja Abdullah bin Abdul Aziz untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda dekat Blangbintang, Aceh Besar pada Selasa lalu.

Mereka merupakan anak yatim yang berprestasi dalam pelajaran dan terpilih daripada 2,000 anak yatim yang menerima bantuan biasiswa daripada Raja Abdullah melalui program Kafala Yatim dengan kerjasama Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang beroperasi di Banda Aceh.

Menurut laporan menatapaceh.com, Raja Abdullah menyumbangkan wang sebanyak 16 juta rupiah (RM4,276) kepada setiap seorang anak yatim yang menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Jelas laporan berkenaan, sepanjang kumpulan anak yatim itu yang terdiri daripada 44 lelaki dan 61 perempuan mengerjakan haji di Mekah, mereka dibenarkan menginap di Istana Raja Arab Saudi dan dilayan seperti raja dengan kawalan keselamatan yang ketat oleh pihak berkuasa negara itu.

Program Kafala Yatim merupakan projek utama OIC dan Aceh menjadi lokasi pertama pengisian itu dilaksanakan kerana terdapat banyak anak yatim yang perlu dibela akibat bencana tsunami pada 2004.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.