saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 06/06/2012

Badan Peguam perlu kemuka pembelaan paling lewat 14 Jun

KUALA LUMPUR 5 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Badan Peguam (Malaysian Bar) untuk memasukkan pembelaan terhadap saman yang difailkan oleh seorang peguam berhubung Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pertubuhan itu, Mei lalu selewat-lewatnya 14 Jun ini.

EGM tersebut meluluskan resolusi mengecam tindakan pihak polis ke atas peserta perhimpunan Bersih 3.0.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk John Louis O’hara di kamar beliau selepas mendengar pengurusan kes saman yang dikemukakan oleh Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz.

Peguam Shaharudin Ali yang mewakili Mohd. Khairul Azam memberitahu pemberita bahawa Hakim O’hara dimaklumkan, tiga lagi defendan, Majlis Peguam (Bar Council), Presidennya, Lim Chee Wee dan Setiausahanya, Tony Woon Yeow sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk membuat permohonan membatalkan saman tersebut.

Oleh yang demikian, mahkamah menetapkan 13 Jun ini untuk pengurusan kes.

Hakim O’hara juga menurut Shaharudin, turut memerintahkan Mohd. Khairul Azam selaku plaintif untuk memfailkan jawapan kepada pembelaan tersebut pada 21 Jun ini.

Selain Shaharudin, turut hadir pada pengurusan kes tersebut ialah peguam, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman manakala kesemua defendan diwakili peguam, Idza Hajar Ahmad Idzam.

Shaharudin turut memaklumkan, kedua-dua pihak akan memfokuskan isu sama ada notis dan usul yang dikeluarkan oleh Badan Peguam pada 4 Mei lalu adalah atau tidak mengikut undang-undang.

Pada 16 Mei lalu, Mohd. Khairul Azam memfailkan saman terhadap kesemua defendan atas dakwaan tindakan Badan Peguam mengeluarkan notis dan usul melalui laman web merupakan satu penyampaian yang tidak sempurna dan telah menimbulkan prejudis terhadap hak 14,189 ahli.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.