saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 26/06/2012

Peguam buat laporan polis berhubung kenyataan berbentuk hasutan

KUALA LUMPUR 26 Jun - Seorang peguam hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan berkaitan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008.

Mohd. Khairul Azam Abd Aziz, yang datang berseorangan, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 11 pagi dan berada di balai itu selama sejam.

Mohd. Khairul ketika ditemui pemberita berkata, kenyataan Lim yang ditemui di laman web badan peguam berkenaan disifatkan beliau sebagai satu unsur hasutan yang boleh mengundang kepada kebencian terhadap fatwa oleh mufti atau Jawatankuasa Fatwa Negeri.

"Saya ada bertanyakan tiga perkara kepada Lim mengenai kenyataan beliau iaitu siapa yang memberikan autoriti untuk mengeluarkan kenyataan tersebut, adakah ada sebarang mesyuarat sebelum kenyataan itu dikeluarkan dan adakah terdapat permintaan rasmi untuk mengeluarkan kenyataan itu.

"Saya memberikan Lim masa tujuh hari untuk menjawab namun baru semalam beliau memberi jawapan iaitu kerana kami berbeza pandangan justeru jawapan Lim itu tidak menjawab soalan saya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.