saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 18/07/2012

Kes Ketua Wanita MCA terlibat Bersih disebut semula

MELAKA 18 Julai - Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 15 Ogos ini sebutan semula kes saman Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terhadap Ketua Wanita MCA negeri, Datuk Kian Sit Har yang didakwa terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan Megamall pada 28 April lalu.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Abu Bakar Katar selepas Sit Har hari ini memaklumkan bahawa beliau akan melantik peguam dan mengemukakan pernyataan pembelaan.

Pada prosiding tersebut, mahkamah turut diberitahu oleh MBMB selaku plaintif yang diwakili peguam dari firma guaman, Tetuan Muhammad Jailani & Partners, pihaknya masih gagal menyerahkan tuntutan saman terhadap lima lagi individu yang turut didakwa terlibat dalam perhimpunan itu.

Pada 4 Mei lalu, MBMB memfailkan saman terhadap enam individu termasuk Sit Har dengan mendakwa kesemua mereka adalah penganjur atau peserta yang bertanggungjawab dalam penganjuran perhimpunan itu sehingga menyebabkan plaintif mengalami kerugian apabila harta benda awam dirosakkan. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.