MAHKAMAH
ARKIB : 04/08/2012
Tiga lelaki didakwa sembunyi wang curi

IPOH 3 Ogos - Tiga lelaki masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan menyembunyikan harta curi membabitkan wang berjumlah RM20,000, pada Jun lalu.
S. Subramaniam, 41, M. Murugan, 28, dan T. Ahilan, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepada mereka di hadapan Majistret Shamshol Azwa Martadza.
Mengikut pertuduhan, Subramaniam didakwa dengan sengaja menolong menyembunyikan harta curi iaitu membenarkan akaun Public Bank Bhd. miliknya digunakan untuk kemasukan wang RM10,000 yang diperoleh melalui penipuan.
Dia yang bekerja sebagai tukang sapu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Public Bank, Jalan Datuk Maharajalela dekat sini pada pukul 2.30 petang, 18 Jun lalu.
Dia turut berdepan pertuduhan kedua iaitu membenarkan akaun CIMB Bank miliknya digunakan untuk kemasukan wang RM10,000 yang diperoleh melalui penipuan di CIMB Bank cawangan Jalan Sultan Idris Shah pada pukul 4.15 petang hari yang sama.
Sementara Murugan dan Ahilan masing-masing bekerja sebagai tukang pam minyak dan penjaga stor pula didakwa bersubahat menyembunyikan wang curi berjumlah RM10,000 ke dalam akaun Public Bank pada hari dan waktu yang sama.
Kedua-dua lelaki itu turut didakwa bersubahat menyembunyikan harta curi iaitu wang RM10,000 ke dalam akaun CIMB Bank pada hari dan waktu yang sama.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Shamshol Azwa membenarkan Subramanian dibebaskan dengan ikat jamin RM9,600 bagi dua pertuduhan tersebut manakala kedua-dua tertuduh lagi masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nor Abdurrahim itu akan disebut semula pada 7 September depan.
Felda menang saman
Mahkamah batal saman Tengku Muhammad Fakhry terhadap polis
Dadah: Warga Nigeria dihukum mati
Sebutan semula kes hasutan Rayer 14 Nov. ini
Anggota polis didakwa lagi terima rasuah
Mahkamah tangguh permohonan Surendran
Kena bayar RM1,000 gagal dapatkan visa
Felda menang kes saman terhadap Wan Azizah dan dua lagi
Mahkamah batal saman Tengku Muhammad Fakhry terhadap polis
Rasuah: Anggota polis, pembantu penguat kuasa DBKL didakwa
Koperal hadapi enam tuduhan rasuah
Pengurusan kes pesta bogel pada 21 Nov.
Saksi tolak andaian orang awam jadi benteng
Rayuan calon Pas ditolak
Mahkamah tetapkan 21 Nov pengurusan kes empat individu berbogel
Lima individu termasuk 2 anggota polis didakwa terima rasuah RM4,600
Penganggur dituduh bunuh teman wanita
Komander platun PGA tahu tentang pencerobohan
Rasuah: 10 penguat kuasa dituduh di mahkamah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












