saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 25/09/2012

Permohonan batalkan saman peguam didengar hari ini

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar esok permohonan Badan Peguam untuk membatalkan saman seorang peguam yang memohon mengisytiharkan mesyuarat agung luar biasa (EGM) Majlis Peguam pada 11 Mei lalu yang berkaitan dengan perhimpunan Bersih 3.0 sebagai tidak sah.

Permohonan bagi membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan yang dikemukakan oleh Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz itu akan didengar oleh Hakim Datuk John Louis O'Hara.

Mohd. Khairul selaku plaintif dalam permohonannya bagi mendapatkan perintah perisytiharan EGM tersebut sebagai tidak sah atas alasan antara lainnya notis yang dikeluarkan kepada ahlinya ditulis dalam bahasa Inggeris.

Pada prosiding tersebut, peguam, Shaharudin Ali yang mewakili Mohd. Khairul dan peguam Idza Hajar Ahmad Idzam yang mewakili Majlis Peguam serta Badan Peguam akan mengemukakan hujah sebelum mahkamah membuat keputusan.

Mohd. Khairul ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya akan berhujah bagi mempertahankan writ saman dan pernyataan tuntutannya manakala pihak defendan akan berhujah memohon writ saman dan pernyataan tersebut dibatalkan.

Mahkamah pada 2 Ogos lepas membenarkan Mohd. Khairul meminda pernyataan tuntutannya memasukkan dakwaan bahawa EGM itu sebagai tidak sah kerana notis panggilan mesyuarat dikeluarkan oleh Majlis Peguam dan Badan Peguam itu tidak dibuat dalam bahasa Melayu.

Sedangkan dakwa pihak plaintif, sebagai Pihak Berkuasa Awam mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan, Majlis Peguam dan Badan Peguam perlu menggunakan bahasa Melayu dalam segala urusan rasminya.

Dalam saman difailkan pada 16 Mei lalu, pihak plaintif mendakwa, tindakan Badan Peguam mengeluarkan notis dan usul melalui laman web merupakan satu penyampaian tidak sempurna serta telah menimbulkan prejudis terhadap hak 14,189 ahli.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.