saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 06/10/2012

Mahkamah Tinggi ada bidang kuasa

PUTRAJAYA 5 Okt. - Mahkamah Rayuan hari ini berpendirian bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes saman berhubung isu-isu yang timbul ekoran proses pertukaran jantina melibatkan transeksual.

Keputusan yang menjadi nas undang-undang itu meleraikan percanggahan sama ada mahkamah di negara ini mempunyai bidang kuasa demikian berikutan empat penghakiman Mahkamah Tinggi yang saling berlawanan.

Mahkamah Tinggi Ipoh, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan Mahkamah Tinggi Taiping memutuskan masing-masing tidak mempunyai bidang kuasa tersebut manakala Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sebaliknya.

Keputusan tiga Mahkamah Tinggi itu berlandaskan kepada penghakiman dua Mahkamah Tinggi di United Kingdom yang berpendapat tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan dan mengiktiraf isu-isu berkaitan pertukaran jantina.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad bagaimanapun menjawab kekeliruan tersebut ketika menolak rayuan seorang lelaki (namanya dirahsiakan atas permintaan peguam) agar dia diisytiharkan sebagai seorang wanita.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Wahab Patail dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim turut menolak rayuan lelaki tersebut agar maklumat jantina dalam kad pengenalannya ditukar daripada 'Lelaki' kepada 'Perempuan'.

Lelaki berumur 35 tahun itu menjalani pembedahan pertukaran jantina pada 15 Disember 2006 di Thailand dan memohon perintah daripada Mahkamah Tinggi Taiping agar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menukar maklumat tersebut bagi memudahkan urusan peribadinya.

Dia yang kini menetap di Hong Kong mendakwa menghadapi kesulitan untuk mendapat pekerjaan dan timbul masalah di pihak Imigresen ketika keluar masuk negara kerana pasport antarabangsanya masih tercatat 'Lelaki'.

Mahkamah Tinggi Taiping bagaimanapun menolak saman pemula lelaki itu yang difailkan pada 7 Januari tahun lalu atas alasan mahkamah tersebut tidak mempunyai bidang kuasa mendengar dan memutuskannya.

Hakim Syed Ahmad Helmy ketika membacakan keputusan tersebut menyatakan, kes itu perlu dibezakan daripada kes-kes lain atas alasan saman pemula itu difailkan atas perakuan daripada JPN sendiri yang menghendakinya mendapat perintah mahkamah terlebih dahulu.

Perayu kemudian mengemukakan sijil perubatan dari sebuah hospital di Thailand bertarikh 11 Disember 2006 yang memperakukan bahawa dia bersedia menjalani pembedahan pertukaran jantina.

Ini diikuti dengan satu lagi sijil yang dikeluarkan pada 18 Disember 2006 bahawa pembedahan itu berjaya dilakukan.

Selain itu, satu lagi sijil perubatan yang dikeluarkan pada 29 Oktober 2008 dari sebuah hospital di Hong Kong menyatakan dia menghadapi tekanan kerana tidak berpeluang 'membetulkan' identiti jantinanya.

Bagaimanapun, panel itu berpendapat, kesahihan ketiga-tiga sijil perubatan itu tidak dicabar kerana tiada laporan perubatan dan keterangan pakar psikiatri dari Malaysia dikemukakan.

''Oleh kerana kes ini didaftarkan di Malaysia, sijil dan laporan perubatan serta laporan psikiatri dari doktor tempatan diperlukan,'' ujar Hakim Syed Ahmad Helmy.

Perayu diwakili oleh peguam Wong Kah Woh manakala Ketua Pengarah JPN selaku responden diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Norhisham Ismail.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.