saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 11/10/2012

Jimmy Shanley, Suhaila sah cerai tebus talak RM1

Jimmy Shanley

PETALING JAYA 10 Okt. - Selepas hampir dua tahun naik turun mahkamah berkaitan isu pergolakan rumah tangga, akhirnya pengacara Jimmy Shanley dan isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy sah bercerai talak satu secara khuluk (tebus talak) berjumlah RM1 di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Jimmy atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 32, melafazkan cerai tersebut terhadap Nursuhaila, 26, dengan nada sebak di hadapan Hakim Syarie, Abd. Halim Abu Samah pada pukul 10.30 pagi ini di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Abd. Halim kemudian mengesahkan gugurnya talak satu bain sughro (talak yang tidak boleh rujuk kembali kepada perkahwinan asal) kali pertama selepas berpuas hati dengan lafaz ijab dan kabul oleh Jimmy serta lafaz penerimaan oleh Nursuhaila.

''Mahkamah memerintahkan Nursuhaila menjalani tempoh idah selama tiga kali bersuci dan kedua-dua pihak perlu membatalkan sijil nikah di Pejabat Agama Islam Selangor.

''Berdasarkan persetujuan bersama, Nursuhaila selaku plaintif tiada hak untuk menuntut nafkah idah, mutaah, nafkah tertunggak atau hutang suami isteri sekiranya ada selepas perceraian berlaku,'' ujar hakim tersebut.

Pada 30 Ogos lalu, mahkamah menolak permohonan Jimmy bagi membantah permohonan cerai yang difailkan Nursuhaila mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) dan mahkamah memerintahkan pasangan itu membawa wakil Jawatankuasa Pendamai.

Bagaimanapun, Nursuhaila memohon untuk menarik balik permohonan cerai yang difailkan pada 25 Oktober 2011 itu dan memfailkan permohonan perceraian tebus talak mengikut Seksyen 49 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Jimmy yang diwakili oleh peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus ketika ditemu bual di luar mahkamah menyatakan, dia terpaksa memungkiri janji terhadap ibu mentuanya supaya tidak menceraikan Nursuhaila.

''Saya terpaksa memungkiri janji saya dengan ibu mentua iaitu tidak akan menceraikan anaknya.

''Biarlah saya cari pasangan yang mahu temankan saya di Jannah (syurga),'' kata Jimmy.

Sementara itu, Nursuhaila yang diwakili peguam syarie, Sa'adiah Din pula menyatakan, dia bersyukur kerana semuanya telah selesai.

Terdahulu, Sa'adiah memaklumkan kepada mahkamah, Jimmy bersetuju menarik balik kes kembali taat dan nusyuz yang difailkannya terhadap Nursuhaila di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Menurut peguam itu, perbicaraan hadanah bagi menuntut hak penjagaan anak perempuan mereka, Zahra Rania Shanley yang kini berusia setahun lima bulan masih diteruskan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.