saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 06/11/2012

Shamsubahrin pindah duit

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail memindahkan RM250,000 daripada akaun RHB Bhd. miliknya ke akaun Maybank Bhd. milik isterinya, Suzana Abdul Aziz, Disember tahun lalu.

Bekas Penolong Pengurus RHB cawangan KLCC, Azmi Kudrat, 56, mengesahkan pemindahan itu dilakukan pada 9 Disember 2011.

Beliau juga berkata, pada tarikh sama, Shamsubahrin melakukan dua lagi pemindahan wang daripada akaun sama yang berjumlah RM400,000.

Katanya, pemindahan wang itu melibatkan RM250,000 ke akaun OCBC Bank Bhd. atas nama Awana Sutera Travel and Tours Sdn. Bhd. dan sejumlah RM150,00 ke akaun RHB atas nama Shamsubahrin Ismail Resources Sdn. Bhd.

Menurut Azmi, pada 13 Disember tahun yang sama, tertuduh juga memindahkan RM101,092 ke syarikat FA (Ipoh) Automobil Sdn. Bhd. untuk membeli kereta.

Beliau berkata demikian dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Robert Pasang Alam semasa perbicaraan kes Shamsubahrin.

Tertuduh menghadapi tuduhan menipu bekas Pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.75 juta pada hujung tahun lalu.

Perbicaraan tersebut dijalankan bersama-sama kes Shamsubahrin yang menghadapi 17 pertuduhan melibatkan diri dalam penggubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Penganalisis Forensik Digital Cyber Security Malaysia, Fauzi Mohd. Darus, 25, berkata, dia menggunakan teknologi perisian forensik XRY untuk mengekstrak panggilan keluar masuk dan sistem pesanan ringkas (SMS) daripada tiga telefon bimbit yang diserahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepadanya.

“Perisian itu digunakan untuk mengekstrak segala maklumat seperti panggilan, SMS dan gambar ke dalam satu fail," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mukhriz Mat Rus.

Bagaimanapun ketika pemeriksaan balas oleh peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Fauzi mengakui, maklumat yang diekstrak oleh perisian forensik XRY itu tidak boleh disahkan ketepatannya.

Shamsubahrin dituduh menipu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakan Mohamad Salleh.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.