MAHKAMAH
ARKIB : 09/11/2012
Bekas CEO Sime Darby fail permohonan batal pertuduhan
KUALA LUMPUR 9 Nov. - Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad (SDB), Datuk Seri Ahmad [email protected] Ahmad Zubir Murshid, yang didakwa pecah amanah melibatkan RM100 juta, akan memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan terhadapnya.
Permohonan tersebut dikemukakan melalui peguamnya yang diketuai Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden kepada Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Jagjit Singh Bant Singh di sini, hari ini.
Mohd Yusof berkata, pihaknya akan mengemukakannya di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.
Sementara itu, pihak pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais telah meminda dua pertuduhan utama terhadap Ahmad Zubair.
Pindaan tersebut yang sebelum ini menyebut “mengalami kerugian melalui pembayaran cek Maybank..." dipinda kepada “untuk membuat bayaran bernilai...".
Bagaimanapun, Ahmad Zubair mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan pindaan tersebut mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dengan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Felda menang saman
Mahkamah batal saman Tengku Muhammad Fakhry terhadap polis
Dadah: Warga Nigeria dihukum mati
Sebutan semula kes hasutan Rayer 14 Nov. ini
Anggota polis didakwa lagi terima rasuah
Mahkamah tangguh permohonan Surendran
Kena bayar RM1,000 gagal dapatkan visa
Felda menang kes saman terhadap Wan Azizah dan dua lagi
Mahkamah batal saman Tengku Muhammad Fakhry terhadap polis
Rasuah: Anggota polis, pembantu penguat kuasa DBKL didakwa
Koperal hadapi enam tuduhan rasuah
Pengurusan kes pesta bogel pada 21 Nov.
Saksi tolak andaian orang awam jadi benteng
Rayuan calon Pas ditolak
Mahkamah tetapkan 21 Nov pengurusan kes empat individu berbogel
Lima individu termasuk 2 anggota polis didakwa terima rasuah RM4,600
Penganggur dituduh bunuh teman wanita
Komander platun PGA tahu tentang pencerobohan
Rasuah: 10 penguat kuasa dituduh di mahkamah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












