saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 12/12/2012

Gaya hidup hakim tidak terbuka - Syed Ahmad Helmy

PUTRAJAYA 11 Dis. - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang bersara wajib mulai esok menyifatkan karier sebagai hakim menjadikannya hidup dalam suasana yang tidak terbuka kepada masyarakat.

Beliau yang menamatkan perkhidmatan secara rasmi pada usia persaraan 66 tahun menyatakan, kehidupan seperti itu wajar bagi mengelakkan salah tanggapan masyarakat yang boleh menjejaskan nama baik institusi kehakiman.

''Gaya hidup sedemikian merupakan satu ciri seorang hakim yang tidak mengizinkan mereka terlalu terbuka kepada masyarakat,'' ujar Syed Ahmad Helmy di kamar beliau di Istana Kehakiman hari ini.

Beliau ditanya mengenai gaya hidup sebagai hakim ketika diwawancara sempena persaraannya selepas berkecimpung dalam bidang undang-undang selama 41 tahun.

Anak kelahiran Singapura itu turut mencuit hati sekumpulan wartawan yang hadir apabila menyatakan cita-citanya sewaktu kecil adalah untuk menjadi kerani.

Menurut beliau, 'impian kanak-kanaknya' itu tidak kesampaian apabila permohonan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pentadbiran perniagaan ditolak kerana mata pelajaran Matematiknya tidak begitu baik.

Hakim tersebut yang diterima masuk sebagai pengamal undang-undang oleh Mahkamah Tinggi Malaya turut berpengalaman luas mengendalikan kes-kes litigasi.

Menurut Syed Ahmad Helmy, beliau bertindak mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dalam kes saman terhadap Syed Hussein Al-Attas berhubung buku tulisannya, Siapa Lawan Siapa.

Buku itu membuat tuduhan mengenai peranan Musa dalam Peristiwa Memali. Mahkamah mendapati tuduhan tersebut adalah fitnah dan Syed Hussein diperintah membayar ganti rugi RM1.9 juta.

Kariernya dalam bidang kehakiman bermula apabila dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 1 Jun 2000. Beliau selanjutnya dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi sehingga dinaikkan pangkat sebagai hakim Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2009.

Dalam pertemuan itu, Syed Ahmad Helmy yang baru pulang daripada mengerjakan umrah bersama keluarga menyatakan beliau mahu berehat seketika sebelum kembali berkhidmat memberikan nasihat guaman.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.