saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 07/01/2013

Husam tarik balik saman

KOTA BHARU 6 Jan. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menarik balik saman terhadap Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang dengan kebebasan untuk memfailkan semula dan dengan kos.

Pada masa yang sama, Hakim Datuk Yazid Mustafa mengarahkan plaintif membayar kos sebanyak RM2,000 kepada defendan kerana tindakan tersebut.

Husam yang tidak hadir pada prosiding hari ini diwakili peguam Hisham Fauzi manakala peguam Nor Azli Ahamed mewakili Hussain.

Sementara itu, Nor Azli yang ditemui di luar mahkamah berkata, pihak plaintif tidak memberikan sebarang alasan berhubung keputusan menarik balik saman tersebut.

Menurut Nor Azli, pihaknya bersedia menghadapi perbicaraan tersebut termasuk semua saksi hadir bagi memberi keterangan sekiranya prosiding berjalan.

Dalam writ saman yang difailkan Husam pada 25 April 2012, beliau mendakwa Hussain telah membuat atau membenarkan penyebaran risalah yang bertajuk Husam Musa: Politik Wang dan Kronisme.

Risalah tersebut disebarkan dalam program Pemantapan Profesionalisme Guru Pendidikan Islam seluruh Kelantan pada 15 Januari tahun lalu.

Defendan atas kapasiti beliau sebagai Pengarah Pelajaran Kelantan telah menganjurkan program tersebut dan mewajibkan semua guru pendidikan Islam di negeri ini hadir.

Husam mendakwa, artikel itu adalah tidak benar dan secara jelasnya telah memfitnah dan menuduh beliau sebagai seorang yang penipu, gila kuasa dan mementingkan diri.

Ekoran daripada itu Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri menuntut defendan memohon maaf secara bertulis tanpa syarat dan mengiklankannya dalam akhbar nasional bahasa Melayu selama sehari.

Selain itu, Husam juga menuntut defendan membayar ganti rugi sebanyak RM5 juta terhadap fitnah yang telah dilakukan di samping gantirugi teladan, melampau dan punitif.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.