saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 12/01/2013

Tukar nama geran motosikal

MOTOSIKAL sejak sekian lama menjadi pilihan penghuni kota terutamanya golongan lelaki yang ingin menjimatkan wang dan masa bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang teruk.

Bagi seorang penuntut program perguruan, Nasimuddin Amin, 20, memiliki motosikal sendiri merupakan keinginannya sejak menjejakkan kaki di ibu negara.

Sebagai pelajar, pemuda tersebut lebih selesa menggunakan motosikal kerana selain menjimatkan, dia boleh bergerak ke mana-mana dengan cepat berbanding menggunakan pengangkutan awam.

Untuk itu, dia mula melayari laman-laman web bagi mendapatkan motosikal idaman selepas dimaklumkan oleh rakannya, motosikal boleh dibeli pada harga berpatutan di medium pengiklanan secara dalam talian tanpa melibatkan kedai yang menjual motosikal.

Selepas melayari beberapa laman web jual beli kenderaan, dia tertarik dengan sebuah motosikal Modenas model C100 milik seorang lelaki bernama Mohd. Amin yang diiklankan di laman web, www.mudah.com.

Selepas menghubungi pemilik motosikal itu, Nasimuddin bersetuju bertemu Mohd. Amin, 35, bagi melihat dan memeriksa sendiri kenderaan tersebut. Setelah berpuas hati dengan terma dan syarat jual beli, dia bersetuju membeli motosikal itu.

Pelajar itu membayar RM2,000 secara tunai kepada Mohd. Amin dengan syarat lelaki itu perlu menukarkan geran kenderaan tersebut atas nama Nasimuddin dalam tempoh sebulan.

Selepas sebulan menggunakan motosikal itu, Nasimuddin berpuas hati dengan prestasi kenderaan tersebut, namun mendapati Mohd. Amin masih belum menukarkan namanya pada geran motosikal berkenaan.

Bimbang akan timbul masalah di kemudian hari, Nasimuddin menggesa pemilik asal motosikal itu segera menukarkan namanya sebagai pemilik baharu.

Bagaimanapun selepas tiga bulan berlalu, Mohd. Amin masih tidak menukar nama dalam geran itu dengan alasan dia terlalu sibuk dan tidak berkesempatan untuk menukarkannya.

Nasimuddin seterusnya mendapatkan nasihat daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Kuala Lumpur bagi membantunya menyelesaikan masalah tersebut.

Hasil nasihat TTPM, Nasimuddin memfailkan aduannya bagi menuntut Mohd. Amin menukarkan nama geran motosikal berkenaan.

Ketika kes itu didengar di hadapan Presiden TTPM, Maznah Haron baru-baru ini, Nasimuddin menarik balik tuntutannya memandangkan Mohd. Amin telah menukarkan hak milik motosikal tersebut kepada nama Nasimuddin beberapa hari sebelum itu.

Menurut Nasimuddin, dia berterima kasih kepada TTPM kerana menyelesaikan masalahnya yang tertangguh beberapa bulan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.