saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 23/01/2013

Perhimpunan aman bantah Majlis Peguam

KIRA-KIRA 100 orang anggota NGO mengadakan perhimpunan secara aman membantah Majlis Peguam di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di ibu negara hari ini. - UTUSAN/ FAKHARUDDIN ABU HASSAN SHAARI (PELATIH PERETAK)

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Sekumpulan kira-kira 100 orang yang membawa sepanduk tertera 'Bubar Majlis Peguam' dan 'Bersihkan Majlis Peguam' berhimpun di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini hari ini.

Mereka datang menaiki tiga buah bas berhimpun secara aman. Bagaimanapun peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz menafikan mereka yang berhimpun itu penyokongnya.

Hari ini, permohonan Mohd. Khairul bagi mendapatkan perintah perisytiharan bahawa mesyuarat agung luar biasa (EGM) Majlis Peguam pada 11 Mei tahun lalu berkaitan dengan perhimpunan Bersih 3.0 sebagai tidak sah akan didengar di hadapan hakim Datuk John Louis o'Hara.

Mohd. Khairul dalam permohonannya menyatakan, antara lainnya EGM tidak sah kerana notis yang dikeluarkan kepada ahlinya ditulis dalam bahasa Inggeris. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.