saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 27/02/2013

Gugur pewaris takhta: Mahkamah tolak rayuan Tengku Fakhry

PUTRAJAYA 27 Feb. - Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Tengku Muhammad Fakhry Petra untuk kebenaran semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah mengembalikan kedudukan beliau dalam senarai pewaris takhta Kelantan.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara memutuskan Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kekhilafan dan tidak ada sebab Mahkamah Rayuan campur tangan dalam kes itu.

Abdul Wahab memerintahkan pemohon membayar kos RM25,000 kepada responden termasuk Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Panel yang turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusof dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Datuk S.Ambiga yang mewakili Tengku Muhammad dan peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi pihak Sultan Kelantan.

Kerajaan negeri Kelantan diwakili penasihat undang-undang negeri itu Datuk Azlan Abdul Halim manakala Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan mewakili Jabatan Peguam Negara.

Tengku Muhammad Fakhry memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 7 Disember 2009 bagi mendapatkan perintah daripada mahkamah agar Tengku Muhammad Faris Petra mengembalikan semula kedudukan beliau sebagai anggota Majlis Perajaan dan satu perintah certiorari bagi membatalkan pelantikan lima lagi anggota majlis itu.

Putera ketiga Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra itu menamakan Pemangku Raja, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri Kelantan serta kerajaan negeri Kelantan sebagai responden pertama, kedua dan ketiga.

Lima lagi responden ialah Datuk Hashim Yusoff, Datuk Tengku Salwah Sultan Yahya Petra, Datuk Sukri Mohamed, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dan Kolonel Dr Mohammad Razin Kamarulzaman.

Pada 29 Januari 2010, Mahkamah Tinggi memutuskan tindakan Tengku Muhammad Faris Petra menggugurkan Tengku Muhammad Fakhry daripada senarai pewaris takhta Kelantan tidak boleh disemak.

Dalam penghakimannya, Mahkamah Tinggi berkata, mahkamah bukanlah forum yang sesuai untuk membuat keputusan isu berkaitan prerogatif diraja dan sebarang pertikaian perlu diselesaikan Sultan Kelantan sendiri.

Mahkamah itu juga berpendapat berdasarkan Perkara Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan, majlis itu bertanggungjawab untuk menentukan bakal pengganti Sultan dan memastikan sama ada wujud kekosongan berikutan ketiadaan pemerintah negeri lebih dari setahun. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.