saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 13/03/2013

Peguam, Majlis Peguam gagal capai persetujuan

KUALA LUMPUR 13 Mac - Seorang peguam, Badan Peguam Malaysia dan Majlis Peguam gagal mencapai persetujuan luar mahkamah berhubung saman yang mencabar kesahihan notis berkaitan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) majlis itu pada Mei tahun lepas.

Sehubungan itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O'Hara menetapkan 17 April untuk mendengar permohonan Badan Peguam Malaysia dan Majlis Peguam untuk membatalkan saman Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Hakim itu membuat keputusan itu dalam kamar selepas bertemu Peguam Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman yang mewakili Mohd Khairul Azam dan S.Navindran bagi pihak defendan.

Abdul Aziz memaklumkan wartawan bahawa kedua-dua pihak mengadakan perbincangan sejak dua minggu lepas, namun gagal mencapai kata sepakat.

Saman itu turut menamakan Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee dan setiausahanya, Tony Woon Yeow Thong sebagai defendan.

Pada 16 Mei tahun lepas, Mohd Khairul Azam memfailkan saman itu, antara lain, memohon deklarasi bahawa notis panggilan EGM bertarikh 4 Mei 2012 tidak sah dan melanggar Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Penyataan tuntutan Mohd Khairul Azam, yang juga anggota Badan Peguam Malaysia dan Majlis Peguam, mendakwa usul yang diluluskan dalam EGM bertarikh 11 Mei 2012 itu adalah terbatal dan menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

EGM itu, antara lain, meluluskan usul yang mendesak Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri memohon maaf kerana didakwa menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan dan wartawan pada perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala pada April 28 tahun lepas.

Selain deklarasi bahawa notis dan usul EGM itu tidak sah, Mohd Khairul memohon injunksi melarang defendan daripada menulis atau menyebar apa-apa berkaitan mesyuarat berkenaan. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.