saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 31/05/2013

Saari Sungib diperintah bayar RM300,000

SHAH ALAM 30 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Hulu Klang, Saari Sungib (gambar) diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (LZS) setelah kalah dalam satu kes saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini.

MAIS dan Pemegang Amanah LZS selaku pihak plaintif mengemukakan saman itu terhadap Saari berhubung kenyataannya dalam artikel bertajuk 'Siasat Pindah Wang LZS' yang disiarkan akhbar Sinar Harian pada 17 Mac 2009.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa, perintah itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi tersebut pada 14 Mei lalu.

Beliau berkata, mahkamah memutuskan pihak plaintif yang diwakili peguam daripada firma guaman, Tetuan The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua berjaya membuktikan kewujudan elemen fitnah melalui kenyataan Saari dalam akhbar berkenaan.

''Sehubungan itu, Hakim Datuk Suraya Othman telah mengarahkan Saari membayar ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi keterlaluan RM100,000 kepada plaintif.

''Beliau juga perlu membayar kos sebanyak RM30,000 dan faedah pada kadar lapan peratus ke atas jumlah RM300,000 dari tarikh keputusan sehingga penyelesaian penuh,'' katanya dalam kenyataan tersebut.

Memetik kenyataan dalam akhbar Sinar Harian pada 17 Mac 2009 itu kata Mohamad Adzib, Saari mendakwa berlaku pemindahan wang zakat yang tidak diagihkan oleh LZS bernilai jutaan ringgit ke satu akaun lain pada 11 Disember 2008.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.