MAHKAMAH
ARKIB : 11/06/2013
Saman doktor mungkin selesai luar mahkamah
KUALA LUMPUR 10 Jun - Kes saman seorang wanita terhadap 21 orang doktor serta lapan kakitangan Hospital Selayang atas dakwaan melakukan kecuaian ketika proses melahirkan bayi perempuannya sehingga mengalami kecacatan otak kekal, berkemungkinan diselesaikan di luar mahkamah.
Nor Azalina Mohd. Songib dan suaminya, Muhammad Hafiz Abd. Wasit memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi di sini pada 27 Disember tahun lalu.
Peguam Khabir Dhillon yang mewakili pasangan suami isteri itu memberitahu pemberita hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan 5 Julai ini pengurusan kes untuk pihaknya memaklumkan perkembangan penyelesaian tersebut.
Menurut Khabir, hal demikian berikutan pihak kerajaan mempertimbangkan untuk mengakui tuntutan terhadap liabiliti (tanggungjawab) yang dikemukakan pasangan terbabit.
Nor Azalina dan Muhammad Hafiz selaku pihak plaintif menamakan kesemua 29 yang terlibat itu sebagai pihak defendan berdasarkan surat yang ditulis oleh Pengarah Hospital Selayang, Dr. Siti Zaleha Mohd. Salleh kerana mereka terlibat dalam rawatan dan pengurusan kedua-dua beranak itu.
Pasangan berkenaan dalam pernyataan tuntutan mereka menyatakan, bayi mereka, Nurul Husna telah dilahirkan di hospital tersebut pada 22 Julai 2005 secara normal tanpa mengambil kira sejarah kelahiran sebelum itu, melalui pembedahan.
Pihak plaintif mendakwa, pihak defendan telah gagal menasihati dan memberi saranan kepada mereka mengenai pilihan untuk bersalin dan risiko kelahiran normal.
Mereka turut menamakan kerajaan Malaysia, sebagai defendan pertama.
Pihak plaintif menuntut ganti rugi khas antaranya kos rawatan perubatan khas sebanyak RM417,530 selain ganti rugi am.
Dalam pernyataan pembelaan bertarikh 25 Februari lalu, kesemua defendan yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Zaliha Mohd. Janis menyatakan, pengurusan dan rawatan yang diberikan kepada pihak plaintif, adalah mengikut amalan perubatan dan tatacara standard serta diterima secara am di hospital tersebut.
Menurut pihak defendan, keadaan Nor Azalina yang juga plaintif kedua didapati normal dan bukaan rahim antara dua dan lima sentimeter.
Ketika dihantar ke bilik bersalin pada pukul 1.40 pagi, defendan ke-10, Dr. J. Vaishnavi mendapati plaintif kedua berada dalam keadaan normal dan kandungannya reaktif.
Pada pukul 2.30 pagi, bukaan rahim plaintif kedua adalah lapan sentimeter dan setengah jam berikutnya bukaan rahim telah penuh dan terasa hendak meneran.
Defendan ke-11, Dr. M. Menaga telah mengendalikan proses kelahiran dan menggalakkan plaintif kedua terus meneran dan Nurul Husna dilahirkan pada pukul 3.44 pagi.
Pihak defendan menyatakan, kesemua tindakan dan keputusan terhadap pengurusan rawatan terhadap pihak defendan adalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Felda menang saman
Mahkamah batal saman Tengku Muhammad Fakhry terhadap polis
Dadah: Warga Nigeria dihukum mati
Sebutan semula kes hasutan Rayer 14 Nov. ini
Anggota polis didakwa lagi terima rasuah
Mahkamah tangguh permohonan Surendran
Kena bayar RM1,000 gagal dapatkan visa
Felda menang kes saman terhadap Wan Azizah dan dua lagi
Mahkamah batal saman Tengku Muhammad Fakhry terhadap polis
Rasuah: Anggota polis, pembantu penguat kuasa DBKL didakwa
Koperal hadapi enam tuduhan rasuah
Pengurusan kes pesta bogel pada 21 Nov.
Saksi tolak andaian orang awam jadi benteng
Rayuan calon Pas ditolak
Mahkamah tetapkan 21 Nov pengurusan kes empat individu berbogel
Lima individu termasuk 2 anggota polis didakwa terima rasuah RM4,600
Penganggur dituduh bunuh teman wanita
Komander platun PGA tahu tentang pencerobohan
Rasuah: 10 penguat kuasa dituduh di mahkamah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












