saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 26/09/2013

Pengawal keselamatan dihukum gantung sampai mati

PULAU PINANG 25 Sept. - Linangan air mata seorang ibu mengiringi langkah anaknya yang dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana membunuh seorang warga emas tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahman membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Mohd. Azam Raja Abdullah, 43, yang merupakan bekas pengawal keselamatan.

Mohd. Azam yang diwakili peguam P. Latsmanan dan K. Thangerasan tenang ketika keputusan dibacakan, kemudian dilihat sempat mencium pipi ibu dan ayahnya yang menangis sebelum dia dibawa keluar dari mahkamah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu dituduh membunuh Soh Lian Thye, 76, selepas memecah masuk sebuah rumah kedai di Jalan Gudwara serta mencuri tiga barang kemas bernilai RM100 dan RM200 milik wanita itu antara pukul 5 dan 9 pagi, 20 Mac 2010.

Mohd. Azam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pada tahun lalu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan sebatan 16 kali terhadap tertuduh yang mengaku bersalah atas kesalahan yang lebih ringan iaitu memecah masuk rumah kedai berkenaan dan mencuri.

Pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amir Hamzah Othman bagaimanapun telah mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan yang kemudiannya memutuskan Mohd. Azam perlu membela diri bagi tuduhan asal yang dihadapinya iaitu membunuh.

Dalam penghakimannya selama 30 minit, Hakim Zamani berkata, tertuduh yang memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah gagal memberi penjelasan munasabah dalam kes itu.

"Pembelaan yang dihujahkan pula tidak konsisten dengan kecederaan yang dialami mangsa dan keterangan tertuduh mengatakan dia hanya memukul mangsa hanya satu kali.

"Ini berbeza dengan keterangan Pakar Perunding Patalogi, Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh yang menjelaskan mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala kerana dipukul dengan objek tumpul berkali-kali dan peluang untuk terus hidup adalah minimum," kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.