saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 10/12/2013

Fiza mahu bincang secara harmoni dengan suami

KLANG 9 Dis. - Perbicaraan kes permohonan cerai secara fasakh pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI), Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan terhadap suaminya, Afief Farhan Fauzi di Mahkamah Rendah Syariah di sini ditangguh setelah wanita itu memaklumkan mahu mengadakan penyelesaian secara baik dengan suaminya.

Personaliti TV3 yang turut dikenali sebagai Fiza memohon satu tempoh agar dia boleh mengadakan perbincangan dengan suaminya itu.

Keputusan Fiza itu menyebabkan Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin mempersoalkan mengapa sebelum ini wanita itu tidak memikirkan perbincangan secara harmoni setelah empat minggu kes perbicaraan itu bermula.

''Bila timbulnya keputusan atau idea ini, sebelum ini kamu ada berkomunikasi dengan suami?'' soal Zainal Abdidin.

Menurut Fiza, 31, dia mempunyai hasrat untuk berbincang, namun tidak tahu cara terbaik setelah kes dibawa ke mahkamah dan kali terakhir mereka berkomunikasi ialah pada sebutan pertama kes itu.

Sementara itu, Afief Farhan, 32, mengalu-alukan keputusan isterinya setelah dia menunggu lama untuk berbincang mengenai kes berkenaan.

''Saya memang sudah lama menunggu, selama setahun 18 hari untuk dia ajak berbincang dan hari ini dia terima,'' katanya.

Mahkamah membenarkan kes itu ditangguh dan menetapkan perbicaraan disambung semula pada 29 Januari depan.

Terdahulu peguam syarie yang mewakili Fiza, Nurul Aini Yausoff memaklumkan, anak guamnya memberitahunya keputusan itu semasa mereka berbincang pada waktu tengah hari ini.

Pada 14 November lalu, mahkamah menetapkan hari ini untuk sambung bicara kes itu bagi membolehkan Afief Farhan yang diwakili peguam syarie, Rubiah Jaafar menyoal balas Fiza.

Bekas pengacara rancangan Nona itu berkahwin dengan Afief Farhan yang merupakan ahli perniagaan pada 2 April 2010, namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.