saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 24/12/2013

Tak mengaku rasuah

Mohamed Puhad Mohamed Liza dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam atas tuduhan memperolehi rasuah RM259,250. - UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH

SHAH ALAM 23 Dis. - Seorang pengurus jualan anak syarikat Telekom Malaysia Bhd. (TM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat tuduhan memperoleh rasuah berjumlah RM259,250, daripada pengarah sebuah syarikat telekomunikasi, tiga tahun lalu.

Mohamed Puhad Mohamed Liza, 32, pengurus jualan GITN Sdn. Bhd. mohon dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Asmadi Husin.

Bagi tuduhan pertama, lelaki itu yang telah berkhidmat selama 18 tahun, didakwa memperoleh suapan sekeping cek Public Bank Bhd. berjumlah RM44,590 daripada Abdul Razak Mohd. Noor iaitu pengarah urusan Numix Engineering Sdn. Bhd.

Suapan itu diperoleh melalui Mohd. Nazrul Mohd. Amin yang merupakan pengarah Strata Baru Sdn. Bhd. sebagai upah kononnya membantu Numix Engineering mendapatkan jualan pemasangan rangkaian internet tanpa wayar VSAT Ku Band bagi April, Mei dan Jun 2010.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kedai makan di No. 2, Tingkat Bawah, Jalan Rugbi 13/30, Seksyen 13 di sini antara pukul 2 dan 7 petang, 2 Ogos 2010.

Bagi pertuduhan kedua hingga keempat, tertuduh didakwa memperoleh wang tunai keseluruhan berjumlah RM214,660 daripada individu sama bagi tujuan yang sama bagi bulan September, Oktober, November, Disember 2010 dan Januari 2011.

Perbuatan itu didakwa dilakukan menerusi pemindahan telegraf ke akaun Bank Islam (M) Bhd., milik tertuduh antara pukul 8 pagi dan 5 petang pada 22 Disember 2010 dan pukul 8 pagi hingga 5 petang, 23 Mei 2011 di Bank Islam Malaysia Bhd. di No. 32A, Tingkat 1, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7 di sini.

Bagi kesemua tuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Asmadi menetapkan jaminan RM35,000 bagi kesemua tuduhan dengan seorang penjamin dan syarat tertuduh melaporkan diri ke SPRM Putrajaya sebulan sekali dan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Beliau turut menetapkan 28 Februari bagi pengurusan kes manakala 12 Mac untuk perbicaraan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.